Kumpulan NOAH Sedia Untuk Konsert Besar Di Kuala Lumpur

02 Oct 2017 19:34

NOAH Live In Kuala Lumpur 25 November 2017

Disebuah negeri yang nyaman sejuknya , Bandung , telah terlahirnya sebuah kumpulan yang bukan sahaja menjadi sensasi di Indonesia tapi ia terus popular di Malaysia . Kumpulan alternative pop rock , Peterpan bukan sahaja berjaya dari segi komersil tapi memecah tembok antara dua negara , menghasilkan karya untuk dinikmati tanpa sempadan .

Namun perubahan nama kepada NOAH pada tahun 2012 memberikan serba sedikit impak , mereka pernah mengadakan showcase di KL Live pada tahun itu juga malah sambutan juga memberangsangkan . Namun selepas itu nama NOAH terus hilang , dan yang hanya tinggal ialah lagu-lagu popular daripada legasi Peterpan yang terus menjadi siualan .

Tapi tidak di Indonesia , NOAH meneruskan usaha untuk terus berjaya , tiada rehat buat mereka , album pertama dibawah nama NOAH Seperti Seharusnya” (2012) terus menjadi sensasi menjadikan ia adalah jualan yang terhangat di Indonesia , dengan jualan 1.9 juta unit dan meneruskan dengan album “Second Chance” 2 tahun selepas itu .

Dengan rangka persembahan diseluruh pelusuk daerah di Indonesia , NOAH terus berdiri dikaki sendiri dan kini selepas 5 tahun mereka telah mengecapi kejayaan yang cukup manis , tidak hairanlah rata-rata penggemar seni yang ditemui disana mengangkat NOAH sebagai kumpulan No. 1 di Indonesia pada waktu ini .

NOAH LIve In KL 25 November

“Ini waktunya kami memperkenalkan NOAH di Malaysia , yang sebenarnya NOAH hanya berganti nama sahaja . Orangnya tetap sama . Kita akan cuba perlahan-lahan”

Ariel yang ditemui ketika konsert “Road To New Album” mereka di Bandung , Indonesia . Album terbaru mereka yang masih belum diketahui tajuknya bakal dikeluarkan nanti , bakal mempunyai 10 buah lagu . Malah lebih menarik lagi NOAH bakal kembali ke Kuala Lumpur untuk konsert besar mereka di Stadium Negara pada 25 November nanti .

“Kali terakhir kami main di Malaysia sudah lama , yang showcase di Kuala Lumpur tidak dikira sebab hanya beberapa lagu yang kami main  .  Kiranya yang terakhir di Stadium Merdeka untuk konsert besar pada tahun 2006”

“Kiranya kalau sekarang lagi banyak lagu yang akan kami mainkan di Malaysia nanti kerana sudah lama kami tidak ke sana . Yang pastinya peminat Malaysia pasti akan melihat sesuatu yang baru dari kami”

Ariel tidak terlepas menceritakan untuk album terbaru mereka , yang telah dirakamkan diatas kapal yang belayar diatas laut selama seminggu lamanya . Menurut beliau akui dengan mabuk laut tapi akhirnya segala proses berjalan dengan lancar dan album mereka siap dirakamkan dan sehingga ke hari ini mereka masih merahsiakan tajuk album dan tarikh tepat untuk album ini berada dipasaran .

“Kami masih siapkan untuk single , insyaallah dalam proses .  Album ini punyai 10 buah lagu . Album ini lebihnya penuh misteri bukan buat orang lain tapi buat kami juga . Single pertama kami ialah “Wanitaku” dan selepas itu baru keluar album . Kami pentingkan kualiti sebab itu tidak perlu terburu-buru ”

Hasil yang dilihat pada hari ini bukan sesuatu yang boleh dilihat dengan mudah . Ariel sendiri yang telah melalui turun naik nama beliau dalam industry hiburan pastinya melihat NOAH pada hari ini dengan penuh puas hati , tapi ini semua perlukan pengorbanan

“Setahun NOAh penuh dengan 150 tour , kami hanya bercuti semasa Hari Raya sahaja”

“Ya , kurang manusia kami” kata Ariel jelas membawa gelak tawa daripada rakan NOAH yang lain , ia bagaikan pekerjaan yang tanpa henti buat mereka .

Sambung Ariel lagi “Pada tahun 2012 pertama kali NOAH ada dan album kami keluar . Kami semua sedar dan sepakat dalam mengganti nama . Sejak itu kami tahu , kami kena kerja lebih. Kami semua memang rapat , kami juga meeting bersama untuk langkah-langkah seterusnya untuk terus membawa nama NOAH tapi yang pasti salah satunya kami kena kerja keras”

“Untuk mendendangkan lagu dimana-mana sahaja . Jadi orang akan terbiasa dengan nama NOAH daripada Peterpan . Ia konsep bersama kami yang dipersetujui sejak awal”

“Mungkin selepas album terbaru ini keluar dan kami buat promosi , selepas itu baru kami akan berehat”

Merungkai bersama-sama kumpulan NOAH dalam membincangkan mengenai kejatuhan muzik pada waktu ini secara global yang turut melanda Malaysia dan Indonesia

“Saya juga melihat industry muzik kami 5 atau 10 tahun dahulu memang sangat maju , namun sebagai pemuzik pun penting , kalau tidak ada material yang enak , susah juga”

Selain dari isu cetak rompak atau pembajakkan , turut di tanyakan kepada Ariel mengenai pendapat beliau sebagai seorang pemuzik yang melihat material digital ini yang menyebabkan kejatuhan minat peminat untuk medapatkan album fizikal

“Kalau menurut saya , sebetulnya tidak ada perbezaan antara fizikal atau digital , apa yang berlaku sekarang adalah kerana trend , yang sekarang bergantikan muzik lain . Malah zaman sekarang gadget makin penting . Antara Iphone baru atau album baru , orang lebih suka bercakap tentang Iphone baru . Ia bukan sebab digital atau fizikal”

“NOAH dari segi album baru , kami explorasi , kami tidak tertekan apabila keluar album baru nanti , kami suka explorasi dengan teknologi baru”

“Kami akan cuba bertahan . Sama seperti McDonalds masuk di Indonesia , waktu itu semua hari-hari mahu makan McDonalds . Sama juga dengan muzik , yang saling berganti dengan teknologi . Bagaimanapun muzik akan terus diminati oleh manusia . Kami perlu bertahan”

Jelas pendapat Ariel yang melihat segalanya dengan positif , teknologi yang kita tidak perlu melawannya apa yang penting kita turut bersama-sama explorasi teknologi baru .

Buat peminat-peminat di Malaysia , NOAH secara julung kalinya bakal membuat konsert besar mereka di Malaysia pada 25 November ini  , bertempat di Stadium Negara . Segala maklumat lanjut akan kami paparkan nanti




TERBARU

ZAHID AHMAD Menghasilkan Karya Terbaik Dalam Tuk Tak Mana Melayunya

Muzik Rock PRIME DOMESTIC Dan XPDC Bakal Bergema Di Oasis Damansara

Great amal Fest Membawakan Kumpulan ANDRA AND THE BACKBONE Live Timbre@The Row

Jelajah Promosi Album Terbaru ELLA Peace.Love.Rindu Terus Mendapat Sambutan

NOAH Telah Bersedia Untuk Konsert Di Stadium Negara

Konsert Public Distortion 2017 Menggabungkan PRIME DOMESTIC Dan XPDC

Mandopop ANGELA ZHANG Meet Her Fans At Berjaya Times Square

Jelajah Peace.Love.Rindu oleh ELLA Ditentukan Peminat

Penyanyi Kelahiran Brunei AZIZ HARUN Kembali Dengan Single Jangan

Festival SoundValley 2017 Bakal Tampilkan Kumpulan Antarabangsa Dan Tempatan

Persembahan 30 Tahun BUMIPUTRA ROCKERS Di Hard Rock Cafe Melaka

Kumpulan NOAH Sedia Untuk Konsert Besar Di Kuala Lumpur

NOH SALLEH Tamatkan Tour 4 Negeri Dan Bakal Ke Jepun Untuk Beberapa Persembahan

Persandingan Keluarga Besar NORMAN HAKIM Dan Isteri Bersama ABBY ABADI Dan Suami

Selepas 10 Tahun Ella Kembali Dengan Album Peace.Love.Rindu

Anjakan Paradigma Oleh MONOLOQUE Melalui Album "Jangan Puja Sampai Kecewa"

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Jelajah NOH SALLEH Di Sambut Meriah Oleh Peminat Di Pasar Karat , Johor Bahru

Jelajah Negeri oleh NOH SALLEH Turun Padang Bertemu Peminat

Kedatangan Kumpulan DREAM THEATER Mendapat Sambutan

KONSERT/TEATER/GIG

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.