Persandingan Keluarga Besar NORMAN HAKIM Dan Isteri Bersama ABBY ABADI Dan Suami

24 Sep 2017 13:03

Persandingan Norman Hakim bersama Memey Suhaiza dan juga Abby Abadi bersama Jaiezanny

Kisah perkahwinan antara Abby abadi dan Norman Hakim sebenarnya begitu hangat diperkatakan setelah penceraian antara mereka , ditambah lagi dengan perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza , ia adalah perkara yang hangat diperkatakan pada waktu itu .

Norman Hakim dan Abby Abadi atau nama sebenar beliau Arbaiyah Abdul Manan mempunyai 3 orang anak ketika bersama .

Namun dalam perjalanan masa yang panjang , kedua mereka telah menemui pasangan hidup masing-masing dan menjalani kehidupan keluarga yang bahagia . Malah anak-anak mereka kini semakin dewasa . Malah anak sulung mereka , Mohd Danish Hakim , 14 . Kini telah menghafal 30 juzuk Al quran .

Kegembiraan ini dikongsikan dengan perjumpaan keluarga besar dan persandingan lagi sekali antara Norman Hakim bersama Memey Suhaiza dan juga Abby Abadi bersama Jaiezanny oleh Mahligai Impian . Kegembiraan jelas terpancar , kejujuran diluahkan antara mereka .

Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang merupakan duta Mahligai Impian , menjelaskan mereka ingin melihat kegembiraan antara mereka , dikongsi bersama Abby dan suami dan juga anak-anak mereka .

“Saya ingin membuktikan kepada semua , sebagai hamba Allah dan dengan apa sahaja ujian yang Allah bagi sebenarnya adalah untuk naikkan martabat hambaNya”

Sambung Abby lagi “Pada mereka yang pernah ikuti kisah kami semua daripada episode awal akan tahu , tapi besarnya kejadian , Allah satukan hati kami hari ini . InsyaAllahsemoga kami semua dapat bersama hingga ke Syurga”

Sebagaimana dapat dilihat sosial media , antara mereka jelas bahagia malah terus berhubungan baik demi anak-anak .

Norman Hakim turut meluahkan mengenai persandingan bersama ini dan menjelaskan kebahagian mereka adalah usaha bersama dan meilhat anak mereka terus bahagia bersama Ibu Bapa walaupun setelah perpisahan

“Idea ini adalah idea bersama antara kami dan Mahligai Impian , Kita nak cari benda yang tersurat dan tersirat”

“Tersirat ialah dapat gabungkan kami sebagai keluarga besar dan sesuai dengan motto Mahligai Impain iaitu Impian Anda Akan Kami Penuhi ”

“Tersurat pulak menampakkan ini sebagai satu platform , ramai nak gabungkan kami . Orang ramai sendiri Nampak di instagram dan social media , bila ada request untuk gabungkan kami untuk sesi photography , kami tak dapat penuhi sebab antara kami sentiasa sibuk dan anak-anak pun sekolah berasrama dan hanya ada masa pada hujung minggu sahaja . Pada hari ini ia adalah masa yang sesuai untuk melihat kami bergabung”

Norman terus menjelaskan perkara mengenai kedua mempelai yang berkongsi pelamin yang mana Persandingan khas ini di taja oleh Mahligai Impain Catering

“Kita kena melihat sesuatu yang tersurat dan tersirat . Kalau tersurat memang nampak janggal tapi bila kita lihat perkara yang tersirat ialah macam Abby kata orang ramai dah melihat kami dari episode awal lagi dengan segala masalah . Apabila kita mendekatkan diri kepada Allah s.w.t kita akan faham dan takkan rasa janggal”

“Kadang-kadang orang meletakkan kita sebagai ikon atau role model , jadi apa yang kita buat ini adalah perkongsian untuk orang diluar sana dan untuk kami gunakan platform ini . Sesetengah orang faham tentang Al quran dan Hadis , kami tiada kelebihan ini tapi kami menyampaikan maksud secara visual yang boleh dipaparkan kepada masyarakat secara tersurat dan tersirat”

 

Persandingan Norman Hakim bersama Memey Suhaiza dan juga Abby Abadi bersama JaiezannyPersandingan Norman Hakim bersama Memey Suhaiza dan juga Abby Abadi bersama JaiezannyPersandingan Norman Hakim bersama Memey Suhaiza dan juga Abby Abadi bersama JaiezannyPersandingan Norman Hakim bersama Memey Suhaiza dan juga Abby Abadi bersama Jaiezanny




TERBARU

ZAHID AHMAD Menghasilkan Karya Terbaik Dalam Tuk Tak Mana Melayunya

Muzik Rock PRIME DOMESTIC Dan XPDC Bakal Bergema Di Oasis Damansara

Great amal Fest Membawakan Kumpulan ANDRA AND THE BACKBONE Live Timbre@The Row

Jelajah Promosi Album Terbaru ELLA Peace.Love.Rindu Terus Mendapat Sambutan

NOAH Telah Bersedia Untuk Konsert Di Stadium Negara

Konsert Public Distortion 2017 Menggabungkan PRIME DOMESTIC Dan XPDC

Mandopop ANGELA ZHANG Meet Her Fans At Berjaya Times Square

Jelajah Peace.Love.Rindu oleh ELLA Ditentukan Peminat

Penyanyi Kelahiran Brunei AZIZ HARUN Kembali Dengan Single Jangan

Festival SoundValley 2017 Bakal Tampilkan Kumpulan Antarabangsa Dan Tempatan

Persembahan 30 Tahun BUMIPUTRA ROCKERS Di Hard Rock Cafe Melaka

Kumpulan NOAH Sedia Untuk Konsert Besar Di Kuala Lumpur

NOH SALLEH Tamatkan Tour 4 Negeri Dan Bakal Ke Jepun Untuk Beberapa Persembahan

Persandingan Keluarga Besar NORMAN HAKIM Dan Isteri Bersama ABBY ABADI Dan Suami

Selepas 10 Tahun Ella Kembali Dengan Album Peace.Love.Rindu

Anjakan Paradigma Oleh MONOLOQUE Melalui Album "Jangan Puja Sampai Kecewa"

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Jelajah NOH SALLEH Di Sambut Meriah Oleh Peminat Di Pasar Karat , Johor Bahru

Jelajah Negeri oleh NOH SALLEH Turun Padang Bertemu Peminat

Kedatangan Kumpulan DREAM THEATER Mendapat Sambutan

KONSERT/TEATER/GIG

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.