Penyanyi Jazz ATILIA Kembali Dengan No.3

29 Aug 2017 20:39

Atilia No. 3

Penyanyi Jazz pop , Atilia kembali lagi dengan album ketiga iaitu “No. 3” , beliau bukanlah asing buat para peminat muzik Jazz di Malaysia , seringkali membuat persembahan kecil diserata tempat . Atilia dilihat tidak bosan menyanyikan lagu beliau walaupun tanpa perhatian besar daripada industry muzik .

“Bagi saya album terbaru ini lebih senang diterima . Dengan 2 buah album sebelum ini saya sedar memang agak susah nak terima . Harapan saya pada lagu berbahasa Melayu yang dimuatkan dalam album terbaru ini ”

Anak kepada penyanyi veteran Salamiah Hassan , Atilia amat jelas dengan hala tuju muzik beliau , bukanlah satu kejutan jika ia tidak dapat diterima ramai . Pada beliau muzik yang dibawakan mempunyai peminat yang tersendiri .

“Pada saya peminat Jazz ni bukan jenis yang tengok youtube , sepanjang karier saya mereka adalah peminat yang humble . Saya selalu buat show di Alexis dan ramai yang datang , antara mereka memang saya familiar , iaitu mereka yang selalu datang ke show saya”

Dua buah album sebelum ini iaitu“Sangkar” (2007) dan “Indah” (2010) dengan sendiri telah menaikkan nama beliau , menyentuh mengenai kedua album sebelum ini beliau menjelaskan

“Lagu saya bukanlah yang tradisional jazz , tapi saya masukkan  pelbagai genre lagi . Lagu saya ada beberapa dimension , ada jazz , pop jazz , kontemporari dan ada juga ballad”

“Album pertama ‘Sangkar’ sebenarnya masih bagus , ia ada perasaan dark . Menariknya album pertama dan kedua saya ni ada lagu yang saya tulis sendiri . Saya sentiasa ada ketika lagu dibuat , daripada track bass hingga masuk ke dalam studio”

Menjelaskan album “No. 3” yang mengambil agak lama walaupun perancangan album ini bakal dikeluarkan sejak tahun lepas . Atilia menjelaskan terdapat banyak perkara yang berlaku

“Saya sendiri sebelum ini sibuk dengan studio (yoga) , selepas itu ayah saya tak sihat dan lagi satu ialah budget . Saya guna duit sendiri sebab tu lama nak siapkan album ini”

“Saya seorang yang tradisional , saya suka membelek inlay album , saya sangat suka dengan penghasilan album , sebab itu ambil masa nak hasilkan semua ini , saya tak berapa minat dengan penghasilan single”

Beliau sendiri berpuas hati dengan penghasilan album ini , malah ia telah dibawa ke Real world Studio di UK yang banyak digunakan oleh artis popular antarabangsa untuk mendapat hasil bunyi yang lebih berkualiti .

“Album ini telah di mixing di Real World Studio , saya sangat puas hati , console mereka besar malah Alicia Keys tengah recording disana sekarang ni”

Dengan penghasilan album “No. 3” pelbagai perkara telah dirancangkan antaranya tour dalam rangka mempromosi album terbaru beliau

“Saya plan sendiri setiap show saya dan guna duit sendiri . saya takde masalah sebab sebelum ini saya pernah kerja buat event”

Buat masa ini beliau bakal membuat persembahan di Jazz Festival di Kuching pada 16 september nanti , selepas itu akan ke Singapura dan Jakarta .

Album Atilia “No. 3” mempunyai 7 buah lagu Melayu dan 2 buah lagu berbahasa Inggeris . Diterbitkan bersama Atilia , Jason Voo , Tok Khon dan Adam Sufian . Turut juga tampil album duet bersama Adibah Noor dengan lagu “SandaranKu” dan juga bersama Lokman Aslam dengan lagu “SegalaNya”

Album ini bakal menemui peminat dipasaran mulai 1 September ini . Projek ini adalah usahasama Musik Production Sdn bhd dengan Warner Music (M) Sdn Bhd .




TERBARU

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Jelajah NOH SALLEH Di Sambut Meriah Oleh Peminat Di Pasar Karat , Johor Bahru

Jelajah Negeri oleh NOH SALLEH Turun Padang Bertemu Peminat

Kedatangan Kumpulan DREAM THEATER Mendapat Sambutan

Penyanyi Jazz ATILIA Kembali Dengan No.3

NORMAN HAKIM & MEMEY SUHAIZA Duta Mahligai Impian

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Misi RAMLI SARIP Melalui KONSERT GALA PELARIAN

Buku RIBUT DARI TIMUR Kisah Minat ABDUL AZIZ Terhadap Muzik Underground

ELIZABETH TAN Mencipta Sendiri Single Terbaru Beliau Yang Bertajuk "Darling"

ANGELA ZHANG Debuts Her First Solo Concert In Malaysia With Style This November

Penyanyi 80an SHERRIE ALJUNIED Cerita Tentang Nyanyian Dan Penjagaan Kesihatan

KONSERT GALA PELARIAN Oleh RAMLI SARIP Di Teruskan Walaupun Tanpa Penaja

Kepelbagaian Muzik Metal Di KL METALCAMP

NISAN CINTA Duet Terbaru SITI NORDIANA Dan JACLYN VICTOR

SHERRIE ALJUNIED Tampil Bertenaga Dalam Lagu 'Sorang Wanita'

MONOLOQUE Mencari Kerohanian Dengan Lagu "Slagi Ada Waktu"

PERSIDANGAN ULAMA ANTARABANGSA Bakal Berlangsung Di UTM Bermula 26 - 28 Julai

JONAS Bersama Kumpulan Barunya DNCE Bakal Beraksi Di Kuala Lumpur

WORLD SAMA FEST Tampilkan Persembahan Antarabangsa Bercorak Islamik

KONSERT/TEATER/GIG

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.