Buku RIBUT DARI TIMUR Kisah Minat ABDUL AZIZ Terhadap Muzik Underground

11 Aug 2017 18:29

Aziz vortex from the east

Jika muzik rock anda rasakan adalah sesuatu yang bingit , Muzik Underground memberikan lagi muzik yang lebih keras dan bebas . Kemasukkan muzik Underground di Malaysia dikatakan adalah pada tahun 80an , Tahun 80an dan 90an menjadi signifikan dengan berkembangnya pelbagai muzik seperti Heavy Metal , Thrash Metal , Death Metal , Grindcore dan Black Metal dan seterusnya pelbagai lagi cabang genre muzik Metal yang dipecahkan lagi  . Di Asia Tenggara , Malaysia adalah negara yang mempunyai peminat yang begitu ramai pada waktu itu .

Tahun 80an dan 90an adalah fasa yang sangat penting buat muzik Metal diseluruh dunia ,ia adalah dekad yang penuh sejarah . Tidak ketinggalan juga di Malaysia kumpulan-kumpulan Underground tempatan juga menghasilkan album yang bertaraf antarabangsa dan menjadi trend setting , jualan album-album kumpulan tempatan melebihi 50 000 unit . Jika muzik komersil menyebarkan maklumat melalui suratkhabar , tv , radio dan majalah . Waktu itu di Malaysia muzik Underground disebarkan melalui zine , perutusan surat antara peminat dengan peminat mahupun dengan band , ataupun melalui percakapan mulut .

Pada waktu itu antara zine yang terawal ialah Thrash Attack dan selepas itu telah ditukar nama menjadi Vortex From The East yang banyak memaparkan berita , temuramah dan ulasan daripada kumpulan Underground tempatan dan juga dari seluruh dunia . Kedua-dua zine ini adalah daripada penulis yang sama iaitu Abdul Aziz Itar .

Signifikan zine Vortex From The East kepada scene Underground di Malaysia adalah sangat besar , zine Vortex From The East yang mudah didapati di kawasan Kuala Lumpur telah memperkenalkan kumpulan-kumpulan baru buat peminat dan juga berita mengenai muzik Underground.

Buku Ribut Dari Timur

Abdul Aziz Itar pada bulan lalu telah melancarkan sebuah buku yang bertajuk “Ribut Dari Timur” yang menceritakan mengenai pengalaman sebenar beliau yang bergelumang didalam muzik Underground di Malaysia . Beliau yang kini berusia 46 tahun telah melalui daripada zaman permulaan Underground sekitar tahun 1980an

“Fanzine yang aku hasilkan yang mula-mula ialah Thrash Attack pada pertengahan 1988 bagi aku ia belum dikatakan sebagai sebuah fanzine sebab masa tu aku banyak ambil daripada majalah luar Negara seperti Metal Forces , Maniac , Kerrang dan aku photostat dan jual kepada kawan-kawan , aku buat hanya untuk suka-suka , masa tu 50 keping setiap isu dan aku sempat buat dalam 8 isu ” jelas beliau

“Bila fikir balik , aku sebenarnya nak buat zine yang asli dan aku ada idea , masa tu pun aku dah banyak kenalan masa buat Thrash Attack dan dari situ pada December 1989 hasilnya VORTEX FROM THE EAST zine iaitu highlight band daripada asia . Aku sendiri buat temuramah melalui surat”

Membaca kembali zine Vortex From The East isu lama pastinya kita akan melihat kumpulan-kumpulan yang pernah ditemuramah beliau waktu itu sekarang telah menjadi kumpulan besar yang dikenali diseluruh dunia .

“Bagi aku Vortex From The East ni ada beberapa fasa , mula-mula guna tulisan tangan , lepas tu pakai typewriter yang guna carbon kain , lepas tu guna type writer elektrik dan akhir sekali guna komputer”

Aziz menceritakan serba sedikit kenangan beliau ketika membuat zine Vortex From the East , Jelas beliau didalam buku “Ribut Dari Timur”yang ditulis beliau telah menceritakan lagi terperinci segala pengalaman beliau .

“Aku dah tak buat zine ni sebab lepas tu aku dah mula bekerja , aku dah kerja macam-macam , jadi Cikgu , kerja kilang , pernah menulis dalam beberapa media cetak dan pada tahun 1998 aku masuk Utusan sampai sekarang”

Waktu itu Underground Metal telah berkembang pesat dengan pelbagai zine telah muncul dalam memberikan lagi pelbagai informasi . Vortex From The East kekal zine sebagai satu kenangan buat pembaca setia .

“Aku mula minat Metal pada umur 13 tahun , masa tu mainstream lagi kenal band kat tv , majalah bila masuk Underground aku tulis surat sendiri kat band dan kenal muzik dengan lebih dalam . Aku juga ada masuk ruangan kenalan di majalah muzik Metal luar Negara dan masa umur 18 tahun masuk dalam majalah Kerrang ”

Aziz menceritakan perkenalan beliau dengan muzik Metal dan seterusnya mengenali muzik Underground dengan lebih dalam lagi . Selain sebagai seorang penulis zine , beliau yang amat meminati muzik Thrash Metal ini pernah menubuhkan kumpulan Necrofist dengan genre Thrash Metal daripada pengaruh muzik Thrash German waktu itu . Dan selepas itu terpaksa menukar nama kepada Nebiras yang lebih kepada muzik Black Metal .

“Band aku mula-mula Necrofist sebagai vokalis, masa tu drummer aku memang bagus kami main Thrash dengan konsep macam band Kreator , hanya sempat keluar satu demo sebab drummer kami terpaksa sambung belajar ke UK . Aku bersama Farid ambil lineup baru dan mereka pun nak tukar nama , jadilah Nebiras yang mainkan muzik Black Metal dengan pengaruh muzik daripada Greece  . selepas Nebiras keluarkan satu EP aku pun keluar”

Menceritakan lagi mengenai buku “Ribut Dari Timur” yang telah dirancangkan beliau sejak sekian lama , yang pada mulanya hanya bercerita kepada kawan-kawan terdekat sahaja mengenai hasrat beliau ini , selepas 3 tahun ia menjadi realiti .

“Dah lama rancang , lebih kurang 3 tahun , mula-mula buat sikit-sikit lepas tu compile kan . Memang cita-cita aku , kalau tak buat memang rugi sebab banyak band lama yang dah takde . Lepas tu aku nak dokumentasikan gambar-gambar lama walaupun tak capai 100% sebab dulu guna kamera filem dan banyak yang dah rosak . Gambar yang ada ni kira hanya 20% sahaja dari gambaran waktu dulu , kira ok juga daripada takde langsung”

“Gambar yang aku letak semua ni , adalah daripada koleksi peribadi aku sendiri . Ada yang tuduh aku ciplak kat internet , ini memang tak patut sebab aku akan pastikan gambar-gambar yang dimuatkan didalam buku ini adalah aku punya sendiri , sebab senang takde masalah hak cipta”

“Ini adalah satu catitan kenangan dan pengalaman aku , ada juga aku masuk maklumat mengenai kumpulan kawan-kawan yang aku kenal ”

Buku “Ribut Dari Timur” memaparkan secara jelas pengalaman Abdul Aziz Itar sebagai seorang peminat muzik Underground , penulis zine , seorang yang pernah juga terlibat dengan syarikat rakaman muzik Metal dan juga pernah menganggotai kumpulan muzik Thrash Metal dan Black Metal .

Untuk maklumat lebih lanjut dan tujuan pembelian sila ke facebook.com/ributdaritimur




TERBARU

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Jelajah NOH SALLEH Di Sambut Meriah Oleh Peminat Di Pasar Karat , Johor Bahru

Jelajah Negeri oleh NOH SALLEH Turun Padang Bertemu Peminat

Kedatangan Kumpulan DREAM THEATER Mendapat Sambutan

Penyanyi Jazz ATILIA Kembali Dengan No.3

NORMAN HAKIM & MEMEY SUHAIZA Duta Mahligai Impian

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Misi RAMLI SARIP Melalui KONSERT GALA PELARIAN

Buku RIBUT DARI TIMUR Kisah Minat ABDUL AZIZ Terhadap Muzik Underground

ELIZABETH TAN Mencipta Sendiri Single Terbaru Beliau Yang Bertajuk "Darling"

ANGELA ZHANG Debuts Her First Solo Concert In Malaysia With Style This November

Penyanyi 80an SHERRIE ALJUNIED Cerita Tentang Nyanyian Dan Penjagaan Kesihatan

KONSERT GALA PELARIAN Oleh RAMLI SARIP Di Teruskan Walaupun Tanpa Penaja

Kepelbagaian Muzik Metal Di KL METALCAMP

NISAN CINTA Duet Terbaru SITI NORDIANA Dan JACLYN VICTOR

SHERRIE ALJUNIED Tampil Bertenaga Dalam Lagu 'Sorang Wanita'

MONOLOQUE Mencari Kerohanian Dengan Lagu "Slagi Ada Waktu"

PERSIDANGAN ULAMA ANTARABANGSA Bakal Berlangsung Di UTM Bermula 26 - 28 Julai

JONAS Bersama Kumpulan Barunya DNCE Bakal Beraksi Di Kuala Lumpur

WORLD SAMA FEST Tampilkan Persembahan Antarabangsa Bercorak Islamik

KONSERT/TEATER/GIG

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.