Single Terbaru SHIHA ZIKIR Dengan Lagu "Seperti Novel Cinta"

25 Feb 2017 17:30

SHIHA ZIKIR

Shiha Zikir, bukanlah satu nama baru dalam industri seni tanah air.  Mula mengorak langkah ingin menyanyi di usia seawal belasan tahun.  Menggenggam harapan arwah bapanya yang ingin melihat Shiha berjaya dalam bidang ini membuatkan hatinya jitu terus berjuang demi mengejar impian.

Shiha yang juga pernah mendapat tempat kedua untuk program Mentor 5 di bawah bimbingan arwah  Dato’  Sharifah  Aini  kini  mampu  mengukir  senyuman.    Tahun  2016  adalah  tahun bercahaya untuk karier nyanyiannya.

Setelah  mengukir  kejayaan  di  negara  seberang  dalam  pertandingan  D’Academy  Asia  anjuran Indosiar Disember tahun lalu, nama Shiha semakin meniti popularitinya.  Ini terbukti setelah usai acara DAA,  namanya  sering  dipanggil  kembali  ke  bumi  Jakarta  bagi  melunaskan  acara-acara besar  seperti  Konsert  Ulangtahun  Indosiar,  Infotainment Award  SCTV,  Konsert  Final  Putri Muslimah, Konsert Q’Academy dan lain-lain.  

Yang paling mencipta sejarah, single SEPERTI NOVEL CINTA telah juga dilancarkan di negara Indonesia  pada  13  Mei,  2016  dengan  kerjasama  Warner  Music  Indonesia  (WMI)  dan  juga Warner Music Malaysia (WMM).  Maka luncurlah secara rasmi lagu SNC dan diterima baik oleh stesen-stesen radio RRI dan juga stesen-stesen televisiyen di sekitar Jakarta.  Malahan sebuah saluran online yang popular iaitu vidio.com telah juga melakukan sesi ‘live streaming’ bersama Shiha  ditemani  band  D’meisis  dan  peminat-peminat  SRS_Indo.    Ini  merupakan  acara  yang dihadiahkan  oleh  vidio.com  kepada  peminat-peminat  tegar  Shiha  di  Indonesia.    Ada  yang sanggup terbang dari Sulawesi dan beberapa pelosok yang lain ke Jakarta pusat demi menemui Shiha.

Shiha telah juga melakukan 10 hari jadual promosi bersama-sama WMI dan disokong kuat oleh kelab  peminatnya  di  sana  iaitu  @SRS_indo.    Bangga  dan  bersyukur  kerana  namanya  dapat menembusi pasaran yang diidamkan oleh ramai artis-artis tanah air.  SNC merupakan sebuah lagu dan lirik  yang diciptakan oleh Ajai.  Rakaman lagu ini telahpun dilakukan  sebelum  pihak  WTB  dan  Shiha  bersetuju  menghantarnya  ke  pertandingan  DAA. Maka  rancangan meluncurkan  single  ini  ditunda  sementara.    Mencari  ‘angle’  dan  waktu  yang sesuai.  Ternyata, penantian itu mendapat balasan yang setimpal.  Puncak kemenangan Shiha di DAA menjadi loncatan untuk single SNC menembusi halwa telinga pendengar Malaysia.  

Diedarkan  ke  stesen-stesen  radio  seawal  pertengahan  Februari  yang  lalu.    WTB  juga bekerjasama dengan pihak WMM untuk promosi dan edaran lagu ini.  Ternyata, hari ini lagu SNC sudah menjadi siulan ramai dan juga dapat sampai ke peringkat semi final MUZIK-MUZIK November 2016 yang lalu.




TERBARU

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

ZAHID AHMAD Menghasilkan Karya Terbaik Dalam Tuk Tak Mana Melayunya

Muzik Rock PRIME DOMESTIC Dan XPDC Bakal Bergema Di Oasis Damansara

Great amal Fest Membawakan Kumpulan ANDRA AND THE BACKBONE Live Timbre@The Row

Jelajah Promosi Album Terbaru ELLA Peace.Love.Rindu Terus Mendapat Sambutan

NOAH Telah Bersedia Untuk Konsert Di Stadium Negara

Konsert Public Distortion 2017 Menggabungkan PRIME DOMESTIC Dan XPDC

Mandopop ANGELA ZHANG Meet Her Fans At Berjaya Times Square

Jelajah Peace.Love.Rindu oleh ELLA Ditentukan Peminat

Penyanyi Kelahiran Brunei AZIZ HARUN Kembali Dengan Single Jangan

Festival SoundValley 2017 Bakal Tampilkan Kumpulan Antarabangsa Dan Tempatan

Persembahan 30 Tahun BUMIPUTRA ROCKERS Di Hard Rock Cafe Melaka

Kumpulan NOAH Sedia Untuk Konsert Besar Di Kuala Lumpur

NOH SALLEH Tamatkan Tour 4 Negeri Dan Bakal Ke Jepun Untuk Beberapa Persembahan

Persandingan Keluarga Besar NORMAN HAKIM Dan Isteri Bersama ABBY ABADI Dan Suami

Selepas 10 Tahun Ella Kembali Dengan Album Peace.Love.Rindu

Anjakan Paradigma Oleh MONOLOQUE Melalui Album "Jangan Puja Sampai Kecewa"

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Jelajah NOH SALLEH Di Sambut Meriah Oleh Peminat Di Pasar Karat , Johor Bahru

Jelajah Negeri oleh NOH SALLEH Turun Padang Bertemu Peminat

KONSERT/TEATER/GIG

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.