VINYL PASSION "Daripada Pengumpul Kini Mereka Mengeluarkan Piring Hitam Untuk Muzik Uderground"

09 Feb 2017 19:37

Vinyl Passion Volume 2 Launching Party

“A Collection Of Malaysian Underground Music”  Voluime 2

Vinyl Passion Volume 2 Launching Party

Antara Orang Kuat Di Belakang Vinyl Passion Group

Pada hujung minggu yang lalu bertempat di Sonic Rage , Shah Alam , telah dilancarkan kompilasi kumpulan-kumpulan Underground tempatan , menariknya ia telah dihasilkan dalam bentuk piring hitam . Ia adalah format muzik yang kian dilupakan dan tetap menjadi pujaan peminat-peminat muzik yang merupakan pengumpul tegar .

Mereka ini majoritinya adalah peminat muzik underground, mereka menggerakkan ‘passion’ mereka ke tempat lebih jauh lagi dengan mewujudkan ‘’group’ di facebook iaitu Vinyl Passion . Ia bukan sahaja hanya berkumpul dengan minat yang sama tapi jual beli dan maklumat antara mereka . Ini adalah penghasilan piring hitam yang ke 2 buat mereka , daripada hanya berkumpul di facebook semata-mata , mereka telah merealisasikan minat mereka menjadi sesuatu yang realiti .

Antara admin mereka iaitu Shuffian Abu telah bercerita serba sedikit mengenai penghasilan kompilasi piring hitam ini dan menceritakan kenapa ia hanya dikeluarkan dalam bentul piring hitam sahaja ?

“Kompilasi ni rilis oleh kerana minat yg mendalam admin Vinyl Passion terhadap format muzik berbentuk vinyl, memberi peluang kepada band Underground Malaysia yg belum berpeluang rilis material dalam format LP, paling utama kita belum ade produk kompilasi band underground metal khususnya dalam format LP atau Piring Hitam “

Sebenarnya kompilasi yang diberi nama “A Collection Of Malaysian Underground Music” ini merupakan keluaran yang kedua daripada gang Vinyl Passion ini , keluaran pertama yang telah habis dijual yang juga memuatkan barisan kumpulan-kumpulan Underground di Malaysia telah dikeluarkan pada tahun lalu , ia adalah jarak masa setahun , yang dilihat sebagai agak dekat kerana penghasilan piring hitam diluar Negara juga memakan masa yang lama , Shuffian sempat dilontarkan mengenai pengalaman dan rumusan beliau dalam penghasilan kompilasi yang kedua ini

“Kali ini untuk vol 2 muzik atau band yang kami ketengahkan lebih bervariasi berbanding vol 1 , yang banyak tertumpu kepada Genre Death Metal, malah 8 dari 14 band dalam Vol 1 adalah bergenre Death Metal. Tetapi utk Vol 2 , kita ada Thrash Metal, Stoner/Doom, Black Metal, Punk, Power Metal.Pengalam kami juga adalah bagaimana utk berurusan dengan band yang terlibat dengan lebih lancar dan kami cuba kepakaran mastering dari individu yang berbeza serta penghasilan cover serta cetakan akhir hingga kepada jualan kepada Peminat Muzik Underground yang semestinya menantikan Vol ke 2 selepas Vol 1 mencapai jualan yang amat memuaskan”

Beliau juga memberitahu mengenai syarat-syarat yang diperlukan untuk memasuki kompilasi ini pada masa hadapan

“Antara syarat-syaratnya ialah salah seorang ‘line up’ band adalah ahli group Vinyl Passion serta Collector Vinyl, Band tidak pernah menghasilkan material atau full album dlm format 12 atau 10 inch”

Penghasilan piring hitam ini boleh dikatakan memakan kos yang besar malah agak lama untuk dihasilkan kerana hanya boleh dibuat diluar negara , bagaimana hanya sebagai group di facebook dapat mengumpulkan dana

“Penghasilan material muzik dalam format Vinyl memang memerlukan modal yang agak tinggi berbanding CD atau kaset, dan untuk Vol 2 ini Vinyl Passion berkerjasama dengan dengan Label tempatan iaitu Legion Music, dengan bantuan Mamat Records. Legion Music berminat untuk menyertai projek ini kerana dari penilaian jualan untuk Vol 1”

“Selain itu sudah semestinya kami mencari individu-individu yang punyai minat yang mendalam dalam Muzik Underground khususnya Extreme Metal untuk menyertai projek ini, kerana pulangan jualan untuk genre yang “terpinggir” ini di Malaysia tidak seperti jualan muzik mainstream yang hanya memikirkan keuntungan, kadangkala bukan bakat serta minat yang mendalam dalam muzik itu sendiri”

“Kami di Vinyl Passion amatlah menghargai dan sentiasa menyokong Pemuzik atau Band yang bergerak secara Independent dalam penghasilan sesebuah material atau album, berbeza dengan Artis arus perdana yang hampir keseluruhannya mengharapkan komposer serta penulis lirik untuk kelangsungan karier mereka”   

Dari kacamata orang biasa , piring hitam ini telah pupus tapi ia sebenarnya rancak dalam muzik Underground walaupun jualan tidak seperti dahulu tapi ianya tetap menjadi pilihan , sebagai antara admin Vinyl Passion , Shuffian ditanya mengenai pendapat beliau

“Dalam dunia Muzik Underground format Vinyl tidak pernah pupus terutamanya diluar negara, cuma penjualan serta pengeluaranya pernah merosot satu ketika dulu tetapi tidak pernah berhenti. Namun seperti yang telah diketahui ramai Undergrounders atau bahasa sekarang Metalheads di Malaysia”

“Band underground yang menghasilkan material sekitar lewat 80an dan 90an sepanjang pengetahuan kami tidak pernah menghasilkan material dalam bentuk Vinyl dan oleh kerana itu kami mengambil inisiatif menerbitkan Kompilasi ini bagi memberi peluang kepada band Underground merasai lagu-lagu mereka dalam format vinyl sungguhpun hanya satu lagu. Rata-rata ‘line up’ band pula adalah peminat format Vinyl. Seperti yang ramai Metalheads sedia maklum, peminat Extreme Metal memang sukakan fizikal material seperti Vinyl, CD serta Kaset berbanding MP3. Mereka mahukan sesuatu yang boleh di pegang sentuh dan rasa. Bagi peminatnya itu adalah satu kepuasan memiliki muzik dalam bentuk fizikal satu-satu band yang mereka minat”

Jawapan beliau ringkas dan tepat , ini bukanlah pendapat biasa , sebagai seorang peminat muzik terutamanya Metal , mendapatkan sesuatu yang ‘original’  sememangnya penting , barulah anda dilihat sebagai seorang peminat ! Sebagai seorang pengumpul piring hitam beliau juga ditanya mengenai piring hitam artis komersil antarabangsa yang lain , adakah ianya turut dikeluarkan

“ Sejak kebelakangan ini ramai dikalangan Artis/Band komersial atau mainstream antarabangsa menghasilkan album berbentuk Vinyl atau Piring hitam ini dan tidak terkecuali segelintir artis mainstream Malaysia. Namun ada diantara artis tempatan yang menghasilkan Vinyl ketika ini hanya melepasi syarat penghasilanya sahaja tanpa memikirkan hasil akhirnya. Atau penghasilan format muzik dalam bentuk Vinyl hanya sekadar “Trend” semata? Atau dalam bahasa modennya Hipster… “

Ia sesuatu yang diakui , malah dilihat waktu ini kebanyakkan penghasilan piring hitam bagaikan melepas batuk ditangga dan sudah tentunya antara anda ada beberapa kumpulan komersil yang lain telah juga mengeluarkan dalam bentuk piring hitam. Selain format piring hitam format kaset juga menjadi satu medium yang amat diminati kembali

“Format kaset juga semakin diminati sekarang ini namun kilang untuk penghasilan kaset yang dapat dikesan sekarang ini hanya ada satu iaitu di Cheras, kualiti nya juga tidak setanding dahulu membuatkan ada label-label Underground sanggup menghasilkannya di luar negara bagi mendapatkan kualiti yang di inginkan. Dan format kaset serta Vinyl ini semakin menjadi ikutan dikalangan artis mainstream”

Dapat dilihat dan diakui , trend piring hitam dan kaset ini semakin menular ke artis komersil dan dikeluarkan oleh syarikat rakaman besar yang lain . Kerana pembeli-pembeli ini datangnya dari peminat muzik Underground yang bukan sahaja meminati muzik keras tapi kepelbagaian disamping ia adalah format yang dihargai mereka

“Ada Pro dan Contra dalam persoalan ini, Segelintirnya bersetuju kerana peminat muzik extreme juga kadangkala adalah peminat muzik mainstream terutamanya “Rock Kapak”, dan jika ditanya kepada artis mainstream sudah tentu mereka menafikan mereka mengikut rentak penggiat atau peminat Muzik Underground, sedangkan bagi peminat atau penggiat Muzik Underground, Sesuatu dalam bentuk fizikal tidak pernah luput, lihat sahaja band Rock kapak sekitar 80 dan 90an sekarang ini yang adakalanya menempek atau sengaja “attached” dengan Penggiat Muzik Underground semata-mata ingin tahu bagaimana band Extreme Metal yang sezaman dengan mereka masih survive sedangkan banyak band Rock Komersial telah pupus atau tidak menghasilkan sebarang album lagi!”

“ Jawapannya berbalik kepada soalan yg ke 4 anda tadi! Kebanyakan Penggiat dan band underground era 80an & 90an juge amat sedia maklum bagaimana Media Mainstream memperlakukan mereka ketika era Rock Kapak mengusai industri muzik tanah air, mereka dipandang sebelah mata dan sekarang artis mainstream terikut dengan gaya penggiat Muzik Extreme”

Lagi sekali jawapan padu daripada beliau , Underground adalah muzik yang sentiasa dipandang serong sejak awal kewujudannya lagi tapi kini cara pergerakkan Underground dalam menghasilkan sesuatu atau menggerakkan scene .    

Dan kita boleh lihat juga harga vinyl dan kaset rock melayu lama dan juga pop melayu lama telah melambung harganya kerana diburu juga oleh pengumpul vinyl muzik underground. Apa pandangan sebagai group Vinyl Passion dan juga pengumpul vinyl mengenai harga yang terlampau dikenakan oleh label besar ini?

“Berbalik kepada Hobi, Semua hobi memerlukan wang untuk mendapatkan nya, tak banyak hobi tak memerlukan wang, Pengumpul Piring hitam merupakan pengumpul barangan antik, bukan semua barang antik itu murah, kepada mereka yang kurang mampu amat tidak bersetuju, tapi hukum alam sememangnya begitu”

“Ada Vinyl Atau Piring Hitam yang dikeluarkan dalam edisi terhad, terutamanya Piring Hitam yg dikeluarkan ketika era kejatuhannya yang digantikan ketika format kaset menguasai pasaran, serta kaset yang dikeluarkan ketika kejatuhannya yang digantikan dgn format CD, dan tak terkecuali CD yang dikeluarkan ketika era kejatuhan CD itu sendiri ketika Digital Download atau MP3 menguasai Industri Muzik! “

Malah kini dengan harga vinyl dan kaset baru atau penghasilan semula oleh artis komersil dengan harga mahal, Adakah ia akan membunuh minat orang untuk membeli? 

“Semestinya! Terutamanya peminat muzik arus perdana atau mainstream, tetapi jika diperhatikan harga untuk Genre Extreme Metal tidak terlalu mendadak sungguhpun ada peningkatan jika dibandingkan dgn Muzik Mainstream, Cuma mungkin jika Extreme Muzik itu sendiri diexploitasi tidak mustahil harga nya meningkat, contohnya seperti Label Mainstream yang inginkan keuntungan mengeluarkan sesuatu format muzik artis Underground ! Adakah mereka akan ikut standard harga Underground?”

Dalam soalan beliau melemparkan soalan , ia adalah pertanyaan yang bernas , apa yang harap tidak berlaku ialah eksploitasi yang melampau ! yang sebenarnya akan menyebabkan peminat hilang minat

Ini adalah soalan untuk orang diluar sana yang tidak tahu apa-apa , mungkin kau boleh ceritakan sebagai penggemar vinyl ni , apakah sebenarnya yang menarik minat dalam medium piring hitam ?

“ Soalan ini sangat subjektif, lain org lain pendapat kerana selera adalah berbeza-beza dalam ertikata yang mudah faham. Sound yang terhasil dari Vinyl amat berbeza berbanding CD atau kaset, contoh yg paling mudah bandingkan Filem yg anda tonton di pawagam, melalui Blueray, melalui DVD atau VCD, semua itu punyai perbezaan, begitu juga Vinyl. Peminat muzik dalam format Vinyl inginkan sesuatu yg “Oustanding” sesuai dengan nilai yang dibayar, apakah anda akan berpuashati menonton Filem di Pawagam tetapi kualiti videonya seperti menonton VCD? Itupun bergantung kepada System Audio yang anda gunakan ”

Antara artis komersil dan underground yg mana lebih mudah untuk mendapatkan vinyl rilisan terbaru?

“Semestinya Underground atau Extreme Metal, dengan harga yang standard serta mampu milik asalkan band tersebut tidak terlibat dengan label-label besar Mainstream”

Dimana mereka boleh mendapatkan piring hitam ini

“Online, label-label underground atau melalui trading antara peminat-peminat nya di dalam maupun diluar negara (yang paling popular)”

Soalan terakhir, bagaimana dengan masa hadapan Kompilasi piring hitam band tempatan ini nanti , dengan 2 rilisan adakah akan masih terdapat rilisan lagi ?

“Kami berharap dapat menghasilkan Volume yang seterusnya pada masa hadapan dan mungkin sesuatu yang baharu seperti rilisan album band dan tidak terikat kepada Kompilasi sahaja”

Vinyl Passionadalah group tertutup di facebook , jika anda meminati muzik bebas dan yang penting sekali mengumpul dan membeli piring hitam boleh layarkan ke “facebook.com/groups/185712021613408/” .

Anda juga boleh mendapatkan piring hitam “A Collection Of Malaysian Underground Music” Vol 2 dengan menghubungi admin disana . Piring Hitam ini memuatkan 10 buah band dengan muzik Underground pelbagai genre dengan hanya berharga RM90 sahaja .




TERBARU

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

ZAHID AHMAD Menghasilkan Karya Terbaik Dalam Tuk Tak Mana Melayunya

Muzik Rock PRIME DOMESTIC Dan XPDC Bakal Bergema Di Oasis Damansara

Great amal Fest Membawakan Kumpulan ANDRA AND THE BACKBONE Live Timbre@The Row

Jelajah Promosi Album Terbaru ELLA Peace.Love.Rindu Terus Mendapat Sambutan

NOAH Telah Bersedia Untuk Konsert Di Stadium Negara

Konsert Public Distortion 2017 Menggabungkan PRIME DOMESTIC Dan XPDC

Mandopop ANGELA ZHANG Meet Her Fans At Berjaya Times Square

Jelajah Peace.Love.Rindu oleh ELLA Ditentukan Peminat

Penyanyi Kelahiran Brunei AZIZ HARUN Kembali Dengan Single Jangan

Festival SoundValley 2017 Bakal Tampilkan Kumpulan Antarabangsa Dan Tempatan

Persembahan 30 Tahun BUMIPUTRA ROCKERS Di Hard Rock Cafe Melaka

Kumpulan NOAH Sedia Untuk Konsert Besar Di Kuala Lumpur

NOH SALLEH Tamatkan Tour 4 Negeri Dan Bakal Ke Jepun Untuk Beberapa Persembahan

Persandingan Keluarga Besar NORMAN HAKIM Dan Isteri Bersama ABBY ABADI Dan Suami

Selepas 10 Tahun Ella Kembali Dengan Album Peace.Love.Rindu

Anjakan Paradigma Oleh MONOLOQUE Melalui Album "Jangan Puja Sampai Kecewa"

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Jelajah NOH SALLEH Di Sambut Meriah Oleh Peminat Di Pasar Karat , Johor Bahru

Jelajah Negeri oleh NOH SALLEH Turun Padang Bertemu Peminat

KONSERT/TEATER/GIG

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.