Raja dan Ratu D'Istana Nyawa Baharu Dangdut

Oleh : ME Portal
13 Dec 2016 19:06

Raja dan Ratu D'Istana nyawa baharu dangdut

Irama dangdut pernah terhenti dan dimatikan dalam industri hiburan tanah air untuk tempoh lebih 15 tahun. Semuanya gara-gara Ratu Dangdut, Amelina dan Raja Dangut, Iwan menyepi daripada genre yang amat kukuh di negara seberang. Biarpun ada nama yang kuat seperti Mas Idayu (sekadar menyebut contoh), Shieda, Ani Maiyuni, Shikin dan juga Ifa Raziahnamun genre dangdut menipis umpama kulit bawang dan hampir-hampir lenyap daripada kelompok rentak muzik dan irama.

Hari ini, secara perlahan-lahan, dangdut kembali dan pihak On The 6th membuka langkah memberi peluang kepada mereka di luar sana yang mempunyai jiwa dangdut untuk merangkul gelaran Raja dan Ratu Dangdut D'Istana Dugem Club/KTV.

2016-12-14_05-13-51Shamsul Maaruf berucap pada sidang akhbar pertandingan dan sekali gus melancakan pertandingan pencarian Raja dan Ratu D’Istana Dugem Club/KTV di Kuala Lumpur baru-baru ini

Bukan untuk menggantikan takhta Raja dan Ratu Dangdut tetapi objektif pencarian Raja dan Ratu D'Istana lebih terdorong kepada memastikan legasi irama itu berterusan sampai bila-bila. Bagi rakan kongsi On The 6th, Shamsul Maarif, irama dangdut diakuinya sudah sebati dalam jiw dan sanubarinya. Ini kerana pengalaman beliau bersama kelab dangdut terkemuka di ibu kota sekitar tahun 1980-an membuatkan semangat untuk memastikan dangdut terus hidup dalam kalangan penyanyi baharu tidak pernah pudar.

Menurut Shamsul, pertandingan karaoke mencari Raja dan Ratu D'Istana Dugem Club/KTV diadakan secara saringan di mana, Melaka menjadi lokasi pertama untuk acara saringan satu. Lokasi saringan kedua diadakan di Kuala Lumpur dan di kedua-dua lokasi tersebut, adakan diadakan secara giliran. Pertandingan peringkat akhir pastinya diadakan di Kuala Lumpur nanti.

Shamsul berkata, sambutan yang diterima daripada para peserta adalah memberangsangkan dan  setiap penyertaan, perlu diisi borang dan dikenakan sedikit bayaran.

Manakala dari segi penjurian pula, ujar Shamsul, akan diadili oleh barisan juri profesional yang mahir menilai dari semua aspek khususnya vokal dan lenggok penyampaian lagu-lagu dangdut.

Kata Shamsul lagi, juara, Raja dan Ratu akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3,000 beserta trofi dan kontrak untuk merakamkan single di bawah label DBI Entertainment.

"Kontrak adalah untuk tempoh dua tahun dan segala yang berkenaan dengan kontrak, diuruskan oleh pihak syarikat rakaman DBI dibawah penyeliaan Ayub Abd. Majid.

"Naib juara pertandingan pula akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM2,000,  tempat ketiga, 1,000 dan bagi mereka yang mendapat tempat keempat sehingga ke-12, tidak akan pulang dengan tangan kosong. Mereka akan diberikan saguhati berupa baucer D'Istana Dugem Club/KTV bernilai RM200 setiap seorang," katanya ketika ditemui pada malam pelancaran pertandingan karaoke tersebut.

Shamsul berkata, penyertaan masih dibuka dan sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan karaoke, boleh hubungi Ayub di talian 019 3682548.




TERBARU

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Jelajah NOH SALLEH Di Sambut Meriah Oleh Peminat Di Pasar Karat , Johor Bahru

Jelajah Negeri oleh NOH SALLEH Turun Padang Bertemu Peminat

Kedatangan Kumpulan DREAM THEATER Mendapat Sambutan

Penyanyi Jazz ATILIA Kembali Dengan No.3

NORMAN HAKIM & MEMEY SUHAIZA Duta Mahligai Impian

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Misi RAMLI SARIP Melalui KONSERT GALA PELARIAN

Buku RIBUT DARI TIMUR Kisah Minat ABDUL AZIZ Terhadap Muzik Underground

ELIZABETH TAN Mencipta Sendiri Single Terbaru Beliau Yang Bertajuk "Darling"

ANGELA ZHANG Debuts Her First Solo Concert In Malaysia With Style This November

Penyanyi 80an SHERRIE ALJUNIED Cerita Tentang Nyanyian Dan Penjagaan Kesihatan

KONSERT GALA PELARIAN Oleh RAMLI SARIP Di Teruskan Walaupun Tanpa Penaja

Kepelbagaian Muzik Metal Di KL METALCAMP

NISAN CINTA Duet Terbaru SITI NORDIANA Dan JACLYN VICTOR

SHERRIE ALJUNIED Tampil Bertenaga Dalam Lagu 'Sorang Wanita'

MONOLOQUE Mencari Kerohanian Dengan Lagu "Slagi Ada Waktu"

PERSIDANGAN ULAMA ANTARABANGSA Bakal Berlangsung Di UTM Bermula 26 - 28 Julai

JONAS Bersama Kumpulan Barunya DNCE Bakal Beraksi Di Kuala Lumpur

WORLD SAMA FEST Tampilkan Persembahan Antarabangsa Bercorak Islamik

KONSERT/TEATER/GIG

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.