Kumpulan ESTRANGED Bakal Mengadakan Konsert Di Johor Bahru Februari Depan

30 Nov 2016 20:54

Estranged LIVE di JB

Kumpulan Estranged sebenarnya telah menimba pengalaman daripada bawah , daripada permulaan sebagai band indie hinggalah ke arena muzik komersil dengan muzik pop rock mereka , cukup membuktikan kredebiliti sebagai sebuah band .

Dengan 3 buah album dan EP yang dilancarkan pada pertengahan tahun ini telah meneruskan kelangsungan perjuangan muzik mereka yang telah lebih 10 tahun , ditambah lagi dengan jelajah kampus sebenarnya adalah satu usaha besar buat mereka , ia bukan sahaja untuk melebarkan pengaruh tapi ia adalah cara untuk terus bertemu dengan peminat secara lebih personal dan tanpa jurang , persembahan live secara kecil ini juga bagi membuktikan kesungguhan mereka sebagai pemuzik yang sebenar  .

Bersama Rich, Din dan Hanafi siri jelajah kampus mereka adalah usaha yang berjaya , kali ini sayap mereka terus dilebarkan lagi dengan sebuah konsert jelajah yang akan mendarat di Selatan tanah air.

Memilih Johor sebagai lokasi jelajah terkini memetakan muzik mereka, Estranged menyifatkan perjalanan yang dilalui menjelang tahun 2017 adalah satu revolusi muzik dan prinsip kumpulan tersebut yang semakin matang.

"Banyak ilmu dan perkara yang kami belajar dan kutip sepanjang lebih 10 tahun menghuni belantika muzik tempatan.

"Kami mendaki dengan perlahan, mempercaturkan karya yang sesuai pasaran, memenangi beberapa anugerah, membikin karya yang bersifat peribadi dan komersial serta perlu peka selain bersaing dengan banyak band baharu, namun semuanya dilalui dengan baik.

"Ya, walaupun berdepan dengan banyak cabaran termasuk dari segi kemurungan pasaran muzik tempatan, namun Estranged belum mengalah. Kami percaya dengan kekuatan karya dan semangat yang tidak pernah putus daripada Estranged dan peminat-peminat, mudah-mudahan kami akan dapat terus terbang tinggi.

"Tempoh lebih sedekad ini juga telah mematangkan Estranged dalam banyak segi dan itu yang akan bakal diperoleh peminat lama serta kelompok peminat baharu kami pada persembahan atau karya-karya akan datang dari Estranged," jelas Rich secara ringkas mengenai jatuh bangun Estranged dan hala tuju mereka selepas ini.

Bakal mengadakan persembahan di salah satu lokasi paling meriah di Johor Bahru iaitu Kilang Bateri, pada 3 Februari 2017 bermula pukul 8.30 malam. Dengan tajuk “Konsert Estranged Sepenuhnya Vol 1” sebanyak 1,500 tiket akan dijual pada harga RM25.

Turut serta diatas pentas sebelum Estranged mempersembahkan muzik mereka ialah Velvet yang akan menawan peminat dengan gemersik vokalnya.

Tentu sahaja rangkaian lagu yang bakal dipersembahkan akan merangkumi lagu-lagu hit dari album perdana mereka, “In Hating Memory” sehingga “Sepenuhnya Vol. 1” .,ia adalah sesuatu yang tidak patut dilepaskan.

Sebenarnya, mereka mempunyai misi besar selepas menawan peminat di Johor pada Februari depan. Malah, negeri tersebut dipilih sebagai lokasi konsert sulung pada tahun 2017 adalah bertepatan untuk menghimpunkan peminat mereka daripada Melaka dan Singapura.




TERBARU

Kumpulan Rock EXTREME Akan Beraksi Di Kuala Lumpur

Nostalgia Raya Di Plaza Shah Alam

AMY NURTINIE Dinobatkan Sebagai “Ikon Wanita Melayu”

Pencari Wanita Melayu 2018 Terus Memperkasakan Wanita

Konsert 30 Tahun Lagu Klasik DOA BUAT KEKASIH

SIL KHANNAZ Bersama UNCURE Melancarkan Album Terbaru

RAIHAN Mengetuai Sambutan Kemuncak Ulang Tahun Ke 15 Bandaraya Melaka Bersejarah

BUNGA Untuk Peminat ALTIMET

Kumpulan PADI Bakal Tampil Persembahan Eksklusif Di KL Live

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Sambutan 10 Tahun Buat Kumpulan PESAWAT Dan PLAGUE OF HAPPINESS

Lagu Pertama Kali Oleh SALIMEY Yang Popular Melalui Runut Bunyi Drama

ILFORD Jenama Premium Dalam Percetakkan Bakal Membuka Galeri Fotografi Dan Digital Di Oasis Damansara

Konsert SHEILA ON 7 Live In Kuala Lumpur 2018 Dan Tiket Mula Dijual Pada 21 Disember 2017

ANUGERAH NASYID 2017 Kembali Dengan 10 Lagu Terbaik

PRIME DOMESTIC Dan XPDC Kotakan Janji Dalam Konsert Public Distortion 2017

Penampilan AMY SEARCH Dalam Konsert PUBLIC DISTORTION 2017

MAMAT FEST 2018 Kembali Dengan Gabungan Muzik Metal

Malam Yang Tidak Akan Di Lupakan Oleh Peminat Mandopop Dalam Konsert NICKTHEREAL

Selepas Popular Sebagai Komposer ALIFF Kini Muncul Dengan Single Terbaru

KONSERT/TEATER/GIG

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.