Filem INTERCHANGE Arahan DAIN SAID Bakal Membawakan Penonton Kepada Kisah Mistik

28 Nov 2016 20:29

Filem “Interchange” yang bakal ditayang mulai 1 Disember ini dipawagam bakal membawa anda menyelami kisah mistik masyarakat Borneo , ia bermula apabila pengarah “Interchange” pernah ternampak sekeping gambar dengan kapyen : Perempuan mencuci badan bagi membuang semangat jahat selepas gambarnya dirakamkan .

Asas inilah yang akan dibawa oleh pengarah yang tidak asing lagi iaitu Dain Said . Buat mereka yang pernah menonton filem hebat beliau “Bunohan” pastinya bukanlah susah untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh beliau , ia bukanlah pengakhiran yang boleh kita jangka . Setiap kisah yang ingin disampaikan dan watak yang dilakonkan akan berkembang dengan sendiri dan bakal difahami satu persatu .

“Interchange” adalah filem yang agak perlahan permulaannya , dengan membuka kisah pembunuhan yang penuh misteri , ia telah disiasat oleh Detektif Azman (Shaheizy Sam) dan ia terus berkembang kepada jurugambar jenayah Adam yang mempunyai tekanan perasaan akibat melihat kes pembunuhan 5 bulan lalu . Hubungan kedua-dua mereka yang akan membongkar satu persatu mengenai pembunuhan kejam yang tidak dapat diterima akal dengan mayat tergantung dan tiada darah , yang juga setiap kejadian akan berselerak dengan bulu burung enggang dan pecahan negatif filem lama daripada kaca .

Ia bagaikan kisah detektif dalam penyelesaian jenayah yang penuh mistik tapi penyiasatan Detektif Azman yang dilihat penuh sinikal banyak disokong kuat oleh penyelesaian daripada Adam . Munculnya Iva lakonan pelakon Indonesia Prisia Nasution yang tinggal berdekatan dengan Adam , bakal berkembang lagi dengan setiap penyelesaian yang dicari Adam bersama Detektif Azman . Para penonton akan dibawa sedikit demi sedikit mengenai kepercayaan mistik .

Kisah penyiasatan Detektif Azman juga dilihat dihasilkan dengan begitu mudah tidak begitu mendalam mengenai kisah siasatan beliau , sepertimana kata-kata Pengarah Dain Said ketika ditemui semasa tayangan bersama media . Beliau tidak ingin sebuah penyiasatan misteri yang klise yang mana Detektif yang akan selesaikan setiap kes , tapi ia terarah kepada rangkaian dan bantuan oleh Adam .

“Tidak banyak kisah detektif ialah saya kurang minat dengan detektif untuk bangunkan struktur  , detektif hanyalah satu warna sahaja dan tidak mahu terlalu focus kepada beliau . Tapi nak focus pada mistik dan kekuatan kaum tersebutjelas Dain Said

Belian lakononNicholas Saputra sebenarnya adalah watak penting dan penuh mistik , lakonan beliau yang kuat dan penuh karisma juga bakal membawakan penonton mengenai diri beliau sendiri , beliau digambarkan sebagai tiada perasaan dengan jari beliau bagaikan mempunyai satu jari burung dikiri kanannya serta mempunyai kekuatan luar biasa apabila bertarung dengan Detektif Azman .

Pada hampir penghujungnya kita akan tahu siapakah sebenarnya Iva dan juga Belian , sebagaimana sentuhan Dain Said seperti filem sebelumnya setiap watak dibangunkan secara perlahan-lahan sambil menceritakan kisah mereka . Tapi dengan dua kes pembunuhan ‘ritual’ yang ‘dirakamkan’ oleh Dain Said ia sebenarnya dilihat bagaikan satu ritual bunuh diri dengan rela .

Filem “Interchange” berjaya mengembangkan setiap wataknya tanpa disangka . Dengan set dan kostum yang penuh cemerlang , Dain Said telah membuktikan lagi kehebatan arahannya , ia bukanlah filem yang seronok dan bukan juga untuk semua orang walaupun filem “Interchange” tidak dikatakan filem seni tapi ia adalah filem komersil namun ia padat dengan pelbagai elemen yang ingin diterjemahkan , daripada watak , kostum , kamera dan juga lakonan . Kisah yang lain daripada yang kita lihat diindustri tanahair

Filem yang diakhiri dengan kisah yang tidak disangka dan ketika ditanya mengenai mesej yang ingin disampaikan melalui filem ini , Dain Said menjelaskan “Ia terpulang kepada anda”

“Tema filem ini adalah alam semulajadi , cerita di Borneo adalah penuh dengan kepelbagaian ,Asia tenggara ini luas dan mempunyai terlalu banyak kisah . Cerita ini cuba mencerminkan budaya kita” jelas beliau

"Interchange" akan menemui penonton mulai 1 Disember ini




TERBARU

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Jelajah NOH SALLEH Di Sambut Meriah Oleh Peminat Di Pasar Karat , Johor Bahru

Jelajah Negeri oleh NOH SALLEH Turun Padang Bertemu Peminat

Kedatangan Kumpulan DREAM THEATER Mendapat Sambutan

Penyanyi Jazz ATILIA Kembali Dengan No.3

NORMAN HAKIM & MEMEY SUHAIZA Duta Mahligai Impian

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Misi RAMLI SARIP Melalui KONSERT GALA PELARIAN

Buku RIBUT DARI TIMUR Kisah Minat ABDUL AZIZ Terhadap Muzik Underground

ELIZABETH TAN Mencipta Sendiri Single Terbaru Beliau Yang Bertajuk "Darling"

ANGELA ZHANG Debuts Her First Solo Concert In Malaysia With Style This November

Penyanyi 80an SHERRIE ALJUNIED Cerita Tentang Nyanyian Dan Penjagaan Kesihatan

KONSERT GALA PELARIAN Oleh RAMLI SARIP Di Teruskan Walaupun Tanpa Penaja

Kepelbagaian Muzik Metal Di KL METALCAMP

NISAN CINTA Duet Terbaru SITI NORDIANA Dan JACLYN VICTOR

SHERRIE ALJUNIED Tampil Bertenaga Dalam Lagu 'Sorang Wanita'

MONOLOQUE Mencari Kerohanian Dengan Lagu "Slagi Ada Waktu"

PERSIDANGAN ULAMA ANTARABANGSA Bakal Berlangsung Di UTM Bermula 26 - 28 Julai

JONAS Bersama Kumpulan Barunya DNCE Bakal Beraksi Di Kuala Lumpur

WORLD SAMA FEST Tampilkan Persembahan Antarabangsa Bercorak Islamik

KONSERT/TEATER/GIG

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.