Album Terbaru "Cerita Kita" Daripada Kumpulan KHALIFAH Selepas Kejayaan Single "Hang Pi Mana"

11 Oct 2016 21:35

Khalifah

Album terakhir mereka pada tahun 2013 “Cinta Dan Sayang” memang hangat di pasaran tapi itu tidak cukup untuk membawa nama kumpulan Khalifah ke hari ini , pada Mac 2016 dengan kemunculan  single terbaru mereka yang bertajuk “Hang Pi Mana” benar-benar melonjakkan semula nama kumpulan  Khalifah didalam industri muzik tanahair .

Menurut kumpulan Khalifah dengan menyepi selama setahun untuk mencari lagu yang terbaik kepada peminat adalah usaha yang sangat berbaloi , melalui kejayaan single “Hang Pi Mana” dan populariti yang dikecapi , kumpulan Khalifah tidak lari dilabelkan sebagai kumpulan kampung

Vokalis Yabang tidak berasa kecewa langsung , kerana mereka sendiri adalah asal dari kampong “Kami tak kisah dilabel sebagai kumpulan kampong , itu adalah jiwa kami dan kami sedikit pun tak kecik hati , tanpa kampong , Kuala Lumpur tidak akan menjadi bandar”

Sambung beliau lagi “Jiwa kami memang kearah muzik budaya dan tradisional ” . Menurut beliau lagi contoh lagu popular mereka iaitu “Hang Pi Mana” sebenarnya adalah kisah masyarakat , yang mana kisah seorang yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah yang menjadi kerisauan oleh kedua orang tuanya , namun apa yang disampaikan ialah apa pun pekerjaan janji ia adalah dari rezeki yang halal .

Dan hasilnya kejayaan daripada kisah masyarakat ini , kumpulan Khalifah muncul lagi dengan album ke-5 mereka yang bertajuk “Cerita Kita” , ketika pelancaran album terbaru ini di Hard Rock Café kuala Lumpur , Khalifah menjelaskan album ini dihasilkan dengan penuh teliti , turut memuatkan single mereka iaitu “Hang Pi Mana” berserta 9 buah lagu dan beberapa bonus track buat yang memiliki CD ini .

Malah sebuah lagu cover daripada penyanyi Indonesia iaitu lagu “Shalalala” daripada Yon Gondrong , menurut Yabang lagu ini cukup unik dan menarik untuk dirakamkan semula dan dimasukkan kedalam album ini kerana liriknya ditujukan khas kepada semua pemuzik busker di seluruh tanahair dan Negara-negara Asean khususnya dan tambah beliau lagi susunan muzik oleh Yon Gondrong juga begitu menarik hati beliau .

Yabang dan Khalifah begitu yakin dengan album terbaru mereka ini “Saya percaya dan yakin setiap lagu dalam album ini , ia sememangnya killer album dan lagu-lagu didalam album ini ada kekuatan yang tersendiri , lagu kami sesuai untuk semua lapisan masyarakat dari anak ke ayah”

Yabang yang ditemui begitu yakin apabila dimintak bercerita mengenai matlamat kumpulan Khalifah , “kami ingin menjadi lagenda dalam industri muzik tanahair dan yang utamanya Khalifah kini bukan sahaja akan menghasilkan lagu tapi juga kami akan membina jenama Khalifah dan menghasilkan produk-produk yang khususnya untuk lelaki , kami akan menghasilkan apa sahaja produk yang khusus buat lelaki”

Album KhalifahCerita Kita” dikeluarkan oleh MVM Home , album mereka juga boleh didapati dikedai muzik berdekatan ataupun secara online di facebook.com /kumpulankhalifah .




TERBARU

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

ZAHID AHMAD Menghasilkan Karya Terbaik Dalam Tuk Tak Mana Melayunya

Muzik Rock PRIME DOMESTIC Dan XPDC Bakal Bergema Di Oasis Damansara

Great amal Fest Membawakan Kumpulan ANDRA AND THE BACKBONE Live Timbre@The Row

Jelajah Promosi Album Terbaru ELLA Peace.Love.Rindu Terus Mendapat Sambutan

NOAH Telah Bersedia Untuk Konsert Di Stadium Negara

Konsert Public Distortion 2017 Menggabungkan PRIME DOMESTIC Dan XPDC

Mandopop ANGELA ZHANG Meet Her Fans At Berjaya Times Square

Jelajah Peace.Love.Rindu oleh ELLA Ditentukan Peminat

Penyanyi Kelahiran Brunei AZIZ HARUN Kembali Dengan Single Jangan

Festival SoundValley 2017 Bakal Tampilkan Kumpulan Antarabangsa Dan Tempatan

Persembahan 30 Tahun BUMIPUTRA ROCKERS Di Hard Rock Cafe Melaka

Kumpulan NOAH Sedia Untuk Konsert Besar Di Kuala Lumpur

NOH SALLEH Tamatkan Tour 4 Negeri Dan Bakal Ke Jepun Untuk Beberapa Persembahan

Persandingan Keluarga Besar NORMAN HAKIM Dan Isteri Bersama ABBY ABADI Dan Suami

Selepas 10 Tahun Ella Kembali Dengan Album Peace.Love.Rindu

Anjakan Paradigma Oleh MONOLOQUE Melalui Album "Jangan Puja Sampai Kecewa"

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Jelajah NOH SALLEH Di Sambut Meriah Oleh Peminat Di Pasar Karat , Johor Bahru

Jelajah Negeri oleh NOH SALLEH Turun Padang Bertemu Peminat

KONSERT/TEATER/GIG

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.