"Semalam Di Malaya" Album Klasik USHERA Untuk Generasi Baru

05 Oct 2016 18:31

Beliau bukanlah boleh dikatakan sebagai artis baru , perjalanan seni beliau sebenarnya agak panjang , dengan segala pengalaman yang ada dan bertahun bergerak sebagai penyanyi dengan persembahan pentas dipelbagai tempat dan Negara , Ushera dilihat penuh matang . Walaupun beliau baru sahaja  mengeluarkan album sulung , tapi ini adalah daripada usaha bertahun beliau .

Ushera adalah nama yang jarang kita dengar di media massa , tapi usaha beliau selama ini yang telah menyanyi dipelbagai tempat secara sendirinya telah mengumpul peminat setia .  Beliau yang mempunyai pengalaman sebagai DJ House Music , menjadi artis syarikat music Jerman  , Mind Group  yang berpangkalan di Koh Samui , serta membuat persembahan di serata asia .

Album sulung beliau yang bertajuk “Semalam Di Malaya” adalah usaha terbaru beliau untuk terus bergerak dalam industri hiburan tanahair , menariknya album ini ialah ada usaha untuk mengembalikan kenangan dan muzik pada tahun 40 dan 50 an .

11 buah lagu yang tentunya tidak asing lagi buat peminat muzik klasik iaitu “Pembela Tanah Air”  oleh Kamsani , “Polynesia Mambo” oleh Saloma , “Dunia Asmara” oleh Nona Asiah , “Jikalau Abang Merindu” oleh Nona Asiah , “Mengapa” Oleh P Ramlee , “Jangan Kau Tanya” oleh Sutinah , “Bunga Raya” oleh Nona Asiah , “Bertepuk Beramai-Ramai” oleh Nona Asiah dan Jasni , “Dengan Ayer Mata” Oleh Saloma dan Malindo Trio , “Kuberikan Hatiku” oleh Saloma dan “Chuchi Kain Chuchi Mata” oleh Nona Asiah .

Kesemua lagu-lagu ini telah dirakamkan semula , dengan pengubahan susunan muzik yang sederhana dan masih mengekalkan keaslian lenggok nyanyian asli . Menurut Ushera , album ini adalah sebagai “projek kebangkitan semula” dan memberi penghormatan kepada muzik kontemporari Malaysia sekitar tahun pra kemerdekaan iaitu pada 1940 dan 1950 an .

Ushera yang di temui ketika pelancaran album beliau di The Social @Trec , menjelaskan lagi “Saya memilih projek album ini sebagai dedikasi kepada rakyat Malaysia , ia adalah muzik peninggalan negara”

“Saya amat berterima kasih kepada Ganesh Bala kerana amat memahami visi saya dan telah menyusun lagu-lagu ini dengan amat minimal tetapi ianya amat penting untuk memberikan nafas baru kepada karya-karya agung ini”

Beliau mula mengingati tahun-tahun awal ketika meminati nyanyian “Saya umur 3 tahun dah mula menyanyi , dan saya sehingga sekarang meminati semua genre dan yang paling utama ialah sangat jatuh cinta era Jazz pada tahun 40 dan 50an dan mula memfokus penyanyi-penyanyi Jazz dari barat”

Sambung beliau lagi “Pada satu ketika karier saya , saya mula terfikir bagaimana pula lagu-lagu Melayu pada tahun 40 dan 50 an dulu dan pada tahun lepas saya sendiri pernah membawakan lagu “Gelang Si Paku Gelang” dan disini pengetahuan saya tentang muzik ini kurang dan saya mula mencari maklumat kat radio Klasik Nasional bersama DJ Ady Suwardy , kat sini saya banyak soal dan beliau banyak bagi maklumat mengenai muzik klasik”

“Harapan saya semoga dengan album ini akan memberi nostalgia pada generasi lama dan ia juga memberi pengenalan kepada generasi muda untuk terus mengenali lagu-lagu lama”

“Cabaran utama saya untuk album ini ialah untuk menyanyikan dan menjadikannya sebuah album , ia betul-betul mencabar dari segi suara kerana lenggok lagu-lagu Melayu ni banyak dan susah”

Album “Semalam Di Malaya” boleh didapati di iTunes , Spotify dan boleh didapati secara online di www.semalamdimalaya.com dan diedarkan juga oleh Warner Music Malaysia .




TERBARU

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

ZAHID AHMAD Menghasilkan Karya Terbaik Dalam Tuk Tak Mana Melayunya

Muzik Rock PRIME DOMESTIC Dan XPDC Bakal Bergema Di Oasis Damansara

Great amal Fest Membawakan Kumpulan ANDRA AND THE BACKBONE Live Timbre@The Row

Jelajah Promosi Album Terbaru ELLA Peace.Love.Rindu Terus Mendapat Sambutan

NOAH Telah Bersedia Untuk Konsert Di Stadium Negara

Konsert Public Distortion 2017 Menggabungkan PRIME DOMESTIC Dan XPDC

Mandopop ANGELA ZHANG Meet Her Fans At Berjaya Times Square

Jelajah Peace.Love.Rindu oleh ELLA Ditentukan Peminat

Penyanyi Kelahiran Brunei AZIZ HARUN Kembali Dengan Single Jangan

Festival SoundValley 2017 Bakal Tampilkan Kumpulan Antarabangsa Dan Tempatan

Persembahan 30 Tahun BUMIPUTRA ROCKERS Di Hard Rock Cafe Melaka

Kumpulan NOAH Sedia Untuk Konsert Besar Di Kuala Lumpur

NOH SALLEH Tamatkan Tour 4 Negeri Dan Bakal Ke Jepun Untuk Beberapa Persembahan

Persandingan Keluarga Besar NORMAN HAKIM Dan Isteri Bersama ABBY ABADI Dan Suami

Selepas 10 Tahun Ella Kembali Dengan Album Peace.Love.Rindu

Anjakan Paradigma Oleh MONOLOQUE Melalui Album "Jangan Puja Sampai Kecewa"

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Jelajah NOH SALLEH Di Sambut Meriah Oleh Peminat Di Pasar Karat , Johor Bahru

Jelajah Negeri oleh NOH SALLEH Turun Padang Bertemu Peminat

KONSERT/TEATER/GIG

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.