Kembara Kemanusian Di Bumi Aceh Bersama FAIZAL TAHIR

28 Sep 2016 19:29

FT @ Aceh 15

Baru-baru ini telah diadakan satu program Kembara Kemanusiaan Bumi Tsunami Banda Aceh bersama Faizal Tahir yang telah disertai oleh 33 orang peserta. Kembara Kemanusiaan anjuran Usrah Billionaire dengan kerjasama iamFaithmen dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Aceh telah membawakan misinya tersendiri dalam menyantuni anak yatim dan golongan yang memerlukan.

FT @ Aceh 10

                Peserta Kembara Kemanusiaan ini selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda Banda Aceh pada 15 September yang lalu telah disambut oleh barisan pimpinan PKPMI Cawangan Aceh. Selain itu, mereka juga diraikan oleh mahasiswa mahasiswi Malaysia di Rumah Kegiatan Mahasiswa Malaysia di Banda Aceh dalam satu majlis “Sharing Moment Bersama Faizal Tahir.” Ketika majlis ini Faizal Tahir telah berkongsi pengalaman sepanjang beliau melakukan misi kemanusiaan. Perkongsian ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat agar dapat memupuk nilai kemanusiaan dan sikap saling membantu. Beliau berharap juga mahasiswa Malaysia yang berada di Banda Aceh menjadi mahasiswa yang mampu berbakti, baik dalam program seperti ini mahupun dalam pelajaran.

                Menurutnya lagi, usaha seperti ini perlu diteruskan bagi mereka yang berkemampuan untuk menyalurkan bantuan dalam bentuk apapun kerana islam itu bersaudara selain cuba memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat.

FT @ Aceh 9

                Pada hari kedua misi kemanusiaan ini diteruskan lagi dengan aktiviti bersama anak yatim di Rumah Anak Yatim Serambi Melaka Gampong Neuhun. Di rumah anak yatim ini, kebanyakan dari mereka adalah anak-anak yatim yang telah kehilangan orang tuanya dalam tragedi bencana tsunami 12 tahun yang lalu. Misi bermula dari jam 4.00 petang sehinggan jam 6.45 petang. Selain melakukan pelbagai aktiviti bersama anak-anak yatim, turut diadakan perkongsian cerita dari salah seorang mangsa tsunami yang telah kehilangan orang tuanya ketika datang tsunami. Turut hadir adalah Ketua Kampung Kompleks Neuhen dan ahli PKPMI Cawangan Aceh dalam menjayakan program.

                Faizal Tahir ketika ditemui berkata, “Misi Kembara Kemanusiaan yang dijalankan ini bukan sahaja menjadi platform persaudaraan dan berkongsi kegembiraan, malahan turut membawa bersama misi bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Sebagai saudara seagama, kita sewajarnya mengambil peduli dan membantu samada melalui sumbangan atau setidaknya kita sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka,” katanya lagi.

FT @ Aceh 3

                Hari ketiga kembara kemanusiaan bumi tsunami bersama faizal tahir diteruskan lagi dengan melawat kawasan sekitar banda aceh yang merupakan tempat bersejarah kesan tinggalan tsunami yang telah mengorbankan ratusan ribu orang.

“Meskipun ia sudah berlalu hampir 12 tahun, namun kesannya masih lagi terasa hingga ke hari ini,” menurut salah seorang peserta kembara kemanusiaan ini.

Pengarah program yang juga merupakan Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia Cawangan Aceh berkata, tujuan utama program kembara kemanusiaan ini diadakan adalah untuk memupuk rasa kemanusiaan terhadap insan lain yang serba kekurangan disamping menimbulkan kefahaman dan kesedaran manusiawi kepada peserta khususnya melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan.

 Menurutnya, setiap percutian yang dilakukan biarlah menjadi satu ibadah dan bukan perkara yang sia-sia.




TERBARU

Anjakan Paradigma Oleh MONOLOQUE Melalui Album "Jangan Puja Sampai Kecewa"

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Jelajah NOH SALLEH Di Sambut Meriah Oleh Peminat Di Pasar Karat , Johor Bahru

Jelajah Negeri oleh NOH SALLEH Turun Padang Bertemu Peminat

Kedatangan Kumpulan DREAM THEATER Mendapat Sambutan

Penyanyi Jazz ATILIA Kembali Dengan No.3

NORMAN HAKIM & MEMEY SUHAIZA Duta Mahligai Impian

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Misi RAMLI SARIP Melalui KONSERT GALA PELARIAN

Buku RIBUT DARI TIMUR Kisah Minat ABDUL AZIZ Terhadap Muzik Underground

ELIZABETH TAN Mencipta Sendiri Single Terbaru Beliau Yang Bertajuk "Darling"

ANGELA ZHANG Debuts Her First Solo Concert In Malaysia With Style This November

Penyanyi 80an SHERRIE ALJUNIED Cerita Tentang Nyanyian Dan Penjagaan Kesihatan

KONSERT GALA PELARIAN Oleh RAMLI SARIP Di Teruskan Walaupun Tanpa Penaja

Kepelbagaian Muzik Metal Di KL METALCAMP

NISAN CINTA Duet Terbaru SITI NORDIANA Dan JACLYN VICTOR

SHERRIE ALJUNIED Tampil Bertenaga Dalam Lagu 'Sorang Wanita'

MONOLOQUE Mencari Kerohanian Dengan Lagu "Slagi Ada Waktu"

PERSIDANGAN ULAMA ANTARABANGSA Bakal Berlangsung Di UTM Bermula 26 - 28 Julai

JONAS Bersama Kumpulan Barunya DNCE Bakal Beraksi Di Kuala Lumpur

KONSERT/TEATER/GIG

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.