ANUAR ZAIN Kembali Dengan Album Ke 5

19 Sep 2016 19:06

2016-09-20_03-02-50

Walaupun telah lebih 30 tahun perjalanan seni Anuar Zain tidak pernah berhenti , momentum untuk kerjaya seni beliau sentiasa pantas . Tidak memandang ke belakang atau mengeluh , Anuar Zain terus kukuh didunia seni apabila terus mengeluarkan album terbaru beliau pada bulan Oktober ini .

Album studio ke-5 ini masih mengekalkan nama Anuar Zain , tanpa sebarang tajuk album . Pengukuhan jenama yang terus dikekalkan oleh beliau . Album ini mengandungi 8 buah lagu , yang jelasnya menterjemahkan muzik Anuar Zain itu sendiri dan lebih menarik lagi menurut Anuar Zain yang ditemui ketika pelancaran album beliau ini , album ini adalah lambang kematangan beliau selepas 5 tahun tidak mengeluarkan album , dan buat para peminat ia pastinya lagi baik dan berkualiti daripada album sebelumnya .

Di kala industri muzik yang terumbang ambing dengan pasaran muzik yang makin menjunam , Anuar Zain dengan penuh berani kembali tampil dengan album terbaru , Anuar Zain mengakui tapi beliau enggan mengalah

“Ramai kata industri muzik merudum , tapi sebagai pemain kita tak patut juga turut merudum , saya mengambil tanggungjawab besar sebagai artis , kita perlu jujur , kelahiran album terbaru ini adalah untuk peminat saya”

Sambung beliau lagi “Ramai yang keluar single , dengan satu lagu takde lagu untuk diputarkan , bagi saya jangan fikir rugi buat album , tanggungjawab sangat penting , rezeki akan datang tempat lain , ia tanggungjawab untuk peminat dan industri hiburan , dengan pendedahan untuk album terbaru ini pastinya rezeki akan datang juga”

8 buah lagu didalam album terbaru ini juga turut diperdengarkan buat pertama kali dikalangan wartawan , masih mengekalkan gaya Anuar Zain dan lebih menyeluruh dengan muzik Balada , Anuar Zain menjelaskan lagi

“Saya tak boleh elakkan , ada saya minta untuk lagu yang berentak laju tapi lagu-lagu yang diterima tetap slow , jadi inilah apa yang diperdengarkan hasilnya , album ini tidak terlalu perlahan , ia ada dinamik kira tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju”

Penghasilan muzik beberapa lagu didalam album ini juga berada di kelasnya yang tersendiri apabila beberapa lagu turut di iringi oleh Budapest Scoring Orchestra dan City Of Prague Philharmonic Orchestra , mengakui sangat mementingkan kualiti , Anuar Zain sendiri mengakui album ini sememangnya dihasilkan dengan teliti .

Lagu ‘Belahan Hati’ agak operatic ia diolah begitu untuk mencapai kepuasan , saya seperti terbang bila menyanyikannya , begitu juga lagu ‘Kembali Padamu Ilahi’ ia mempunyai European feel  , dan saya juga gunakan khidmat tempatan untuk memberikan nusantara string . Sebab saya gunakan orchestra ialah untuk menjadi lebih baik dari album sebelumnya ”

Menceritakan kembali mengenai proses untuk membuat album baru , Anuar Zain menyatakan ianya bukan mudah dengan proses yang sangat tertekan , tapi semua ini perlu dilalui jua

“Terlalu banyak susah senang , proses yang susah ialah cari lagu . Proses mixing dan mastering adalah sesuatu yang sangat tertekan , bayangkan terpaksa buat beberapa kali kerana nak bunyi yang diinginkan , selepas 5 kali melalui proses tersebut baru dapat hasilnya . Sebenarnya benda ni kita tak perlu stress , hanya perlu tenang dan relax dan kita akan tahu mastering mana yang kita nak”

Beliau menyambung “Proses buat album baru ini memang passion saya , selepas 4-5 tahun saya nak lagu baru , ia satu cabaran , bukan mudah untuk membuat dan mencari lagu baru . Dengan segala kerja untuk cari lagu , mastering , pergi ke Indonesia dan Sydney , ia memang stress tapi kita perlu tenang . Walau apapun yang dilalui saya akan terus membuat album”

Anuar Zain juga turut menyumbang sebuah lirik didalam album ini , dengan lagu “Selamat Malam” ia dihasilkan dengan cantik sekali

“Saya cuba menulis tapi tak boleh , berbulan-bulan sampai buntu . Semasa di Verona saya dapat ilham dan menyiapkannya dalam masa 15 minit ”

Lagu Hujan nyanyian Allahyarham Sudirman turut dimuatkan didalam album Anuar Zain , Syed Haron Ahmad yang juga pencipta dan penulis lagu Hujan sebenarnya sangat dekat dengan Anuar Zain , menceritakan kembali sebelum Syed Haron meninggal dunia pada 2015

“Saya sangat meminati lagu ciptaannya , beliau pernah mengatakan lagu Hujan sebenarnya adalah perasaan marah . Didalam album ini saya letakkan dua perasaan , saya campurkan kesedihan dan marah”

Single untuk album ini , “Andainya Takdir” telah berkumandang diradio tempatan , malah video clip bakal menyusul hujung minggu ini . Video Klip yang diberi sentuhan oleh pengarah Amor Rizan sebenarnya memberikan kesan yang mendalam , lebih menarik lagi ia sebenarnya adalah idea asal Anuar Zain sendiri yang kemudiannya dihalusi dan direalisasikan olehAmor Rizan .

Album ke 5 Anuar Zain ini akan dijual semua outlet Mydin bermula bulan Oktober ini , buat peminat yang tidak sabar boleh juga pre order di www.lazada.com mulai 23 September sehingga 30 September , dengan 100 pre order pertama akan menerima CD dan tandangan Anuar Zain .




TERBARU

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

ZAHID AHMAD Menghasilkan Karya Terbaik Dalam Tuk Tak Mana Melayunya

Muzik Rock PRIME DOMESTIC Dan XPDC Bakal Bergema Di Oasis Damansara

Great amal Fest Membawakan Kumpulan ANDRA AND THE BACKBONE Live Timbre@The Row

Jelajah Promosi Album Terbaru ELLA Peace.Love.Rindu Terus Mendapat Sambutan

NOAH Telah Bersedia Untuk Konsert Di Stadium Negara

Konsert Public Distortion 2017 Menggabungkan PRIME DOMESTIC Dan XPDC

Mandopop ANGELA ZHANG Meet Her Fans At Berjaya Times Square

Jelajah Peace.Love.Rindu oleh ELLA Ditentukan Peminat

Penyanyi Kelahiran Brunei AZIZ HARUN Kembali Dengan Single Jangan

Festival SoundValley 2017 Bakal Tampilkan Kumpulan Antarabangsa Dan Tempatan

Persembahan 30 Tahun BUMIPUTRA ROCKERS Di Hard Rock Cafe Melaka

Kumpulan NOAH Sedia Untuk Konsert Besar Di Kuala Lumpur

NOH SALLEH Tamatkan Tour 4 Negeri Dan Bakal Ke Jepun Untuk Beberapa Persembahan

Persandingan Keluarga Besar NORMAN HAKIM Dan Isteri Bersama ABBY ABADI Dan Suami

Selepas 10 Tahun Ella Kembali Dengan Album Peace.Love.Rindu

Anjakan Paradigma Oleh MONOLOQUE Melalui Album "Jangan Puja Sampai Kecewa"

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Jelajah NOH SALLEH Di Sambut Meriah Oleh Peminat Di Pasar Karat , Johor Bahru

Jelajah Negeri oleh NOH SALLEH Turun Padang Bertemu Peminat

KONSERT/TEATER/GIG

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.