Konsert 3 Suara Sedia Berkumandang Di Istana Budaya Bermula Khamis Ini

18 Sep 2016 19:33

Konsert 3 Suara

Gabungan 3 suara bersama 3 artis yang cukup tidak asing lagi di dalam Konsert 3 Suara bakal berkumandang dalam beberapa hari lagi , bersama Jamal Abdillah , Ameng dan Zamani pastinya memberikan peminat dengan gaya yang berbeza , tapi nyatanya antara mereka bukanlah asing dalam industri seni tanahair , dengan senarai lagu-lagu popular yang segar sepanjang zaman , pastinya akan merungkai kenangan buat para peminat yang akan hadir nanti .

“Persembahan sudah 50% siap , teknikal , konsep persembahan dan susunan lagu . Saya mahu meninggalkan kesan buat peminat yang hadir daripada susunan lagu dinyanyikan . Rekaan pentas juga tidak seperti konsert saya di Istana Budaya sebelum ini , kami akan buat susunan backdrop dihadapan . Malah kos tinggi untuk system bunyi dan lampu juga akan membuatkan peminat puas hati kerana mereka bayar tiket harga mahal” Jelas Jamal Abdillah ketika ditemui ketika sibuk menguruskan Konsert ini di Istana Budaya

Konsert 3 Suara ini juga akan turut menampilkan adik beliau sendiri iaitu Jamilul Hayat , sambung Jamal lagi “Persiapan rapi telah dibuat untuk beradu suara 4 orang nanti dengan lagu Isabella , segmen Battle yang 3 penyanyi akan menyanyi lagu penyanyi lain , ini untuk bagi kelainan buat peminat saya menyanyikan lagu Zamani , Ameng menyanyikan lagu saya dan sebaliknya

Konsert 3 Suara dianjurkan oleh Binjamal event Sdn Bhd, walaupun beliau sibuk menguruskan konsert dan mengatur segala persembahan tapi Jamal telah bersedia dengan segala pengalaman yang ada . Beliau juga kini telah melantik Pengarah Persembahan iaitu Roslan yang akan memantau persembahan , system bunyi dan lampu , berbandng konsert-konsert sebelum ini ia dilakukan oleh Jamal sendiri dan ia sangat meletihkan beliau .

Jamal menyambung lagi perbualan “Seharusnya konsert kali ini lebih bagus impaknya , saya dah lantik fashion designer Taufik Tailor untuk semua artis , bagi nampak eksklusif , sebelum ini juga beliau memang selalu buat ketika show saya . Malah kelab peminat saya juga banyak membantu dalam mempromosi konsert ini , malah mereka juga menjadi krew untuk konsert saya”

Konsert 3 Suara yang akan berlangsung selama 4 hari di Istana Budaya bermula 22 September hingga 25 September akan turut dihadiri oleh Sultan Pahang , Sultan Ahmad Shahdan Sultanah Pahang , Sultanah Kalsom pada 23 September yang jualan tiket turut dibuka pada orang ramai .

Konsert 3 Suara dibawakan oleh produksi Binjamal event Sdn Bhd , Tiket-tiket akan dijual dengan harga RM108, RM158, RM258, RM358 dan RM458 atau boleh didapati secara online di www.ilassotickets.com atau hubungi 03 21706333 .




TERBARU

Anjakan Paradigma Oleh MONOLOQUE Melalui Album "Jangan Puja Sampai Kecewa"

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Jelajah NOH SALLEH Di Sambut Meriah Oleh Peminat Di Pasar Karat , Johor Bahru

Jelajah Negeri oleh NOH SALLEH Turun Padang Bertemu Peminat

Kedatangan Kumpulan DREAM THEATER Mendapat Sambutan

Penyanyi Jazz ATILIA Kembali Dengan No.3

NORMAN HAKIM & MEMEY SUHAIZA Duta Mahligai Impian

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Misi RAMLI SARIP Melalui KONSERT GALA PELARIAN

Buku RIBUT DARI TIMUR Kisah Minat ABDUL AZIZ Terhadap Muzik Underground

ELIZABETH TAN Mencipta Sendiri Single Terbaru Beliau Yang Bertajuk "Darling"

ANGELA ZHANG Debuts Her First Solo Concert In Malaysia With Style This November

Penyanyi 80an SHERRIE ALJUNIED Cerita Tentang Nyanyian Dan Penjagaan Kesihatan

KONSERT GALA PELARIAN Oleh RAMLI SARIP Di Teruskan Walaupun Tanpa Penaja

Kepelbagaian Muzik Metal Di KL METALCAMP

NISAN CINTA Duet Terbaru SITI NORDIANA Dan JACLYN VICTOR

SHERRIE ALJUNIED Tampil Bertenaga Dalam Lagu 'Sorang Wanita'

MONOLOQUE Mencari Kerohanian Dengan Lagu "Slagi Ada Waktu"

PERSIDANGAN ULAMA ANTARABANGSA Bakal Berlangsung Di UTM Bermula 26 - 28 Julai

JONAS Bersama Kumpulan Barunya DNCE Bakal Beraksi Di Kuala Lumpur

KONSERT/TEATER/GIG

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.