Festival Muzik ROCKAWAY 2016 Menampilkan Gergasi Rock SCORPIONS

25 Aug 2016 20:25

Rockaway 2016

Festival muzik terbesar di Malaysia , ROCKAWAY kini kembali dengan penampilan kumpulan-kumpulan ternama tempatan dan luar negara . Dengan 2 tarikh hujung minggu yang jatuh pada 29 dan 30 Oktober dan disambung lagi dengan sambutan muzik yang berterusan pada 19 November . Kali ini kepelbagaian dapat dirasakan dengan penampilan kumpulan dan artis tempatan yang begitu menyeluruh .

29 Oktober Rockaway 2016 bermula dengan kumpulan gergasi Rock dunia , SCORPIONS . Mereka bukanlah nama kecil dalam muzik rock antarabangsa , sebelum ini mereka pernah mengatakan akan bersara kerana usia yang semakin meningkat tapi jiwa rock n roll mereka terus memberontak dan buat para peminat muzik rock di Malaysia inilah masa untuk mengambil peluang melihat mereka secara dekat sebelum terlewat

Pada tarikh yang sama juga muzik rock akan terus berkumandang bersama kumpulan rock ternama tempatan WINGS , konsert-konsert gergasi mereka sebelum ini terus berjaya dengan cemerlang , ini bukan perkara yang menghairankan kerana nama WINGS begitu sinonim buat mat rock , lagu mereka telah terjalin buat jiwa anak muda tahun 80an . Ini pastinya sesuatu yang ditunggu-tunggu .

Kumpulan yang telah menggegarkan setiap pub dengan muzik rock mereka dan berjaya dalam pertandingan muzik besar telah membina nama mereka dengan cara yang tersendiri , MUZZA MAYHEM telah membuktikan kemampuan dalam memberikan persembahan yang terbaik , ia adalah pasti showmanship yang mantap daripada mereka .

Kumpulan untuk tarikh 30 Oktober juga telah diumumkan antaranya ,

WOLFMOTHER kumpulan hard rock daripada Autralia walaupun muncul pada tahun 2000 tapi kemampuan mereka dalam mendominasi muzik rock tidak perlu dipertikaikan , muncul dengan keunikkan mereka sendiri , dengan jualan album berjuta diseluruh dunia , mereka bagaikan generasi baru yang akan terus berjuang dengan muzik rock mereka .

Turut bersama memeriahkan 30 Oktober ialah kumpulan Metal tempatan , DAARCHLEA yang sentiasa dipuji bukan sahaja lagu mereka tapi kemampuan mereka dalam menggalas setiap instruments mereka dengan kemas dan permainan yang padat .

Kumpulan Hardcore tempatan WTNSS juga akan beraksi pada tarikh yang sama , ia adalah tarikh yang penuh berat sebenarnya dan bakal beraksi juga kumpulan adalah kumpulan Progressive Metal tempatan iaitu ARTEFACTS .

Pada 19 November pula , Rockaway 2016 akan diadakan di Bukit Jalil Extreme Park , lebih menarik lagi ialah kembalinya kumpulan BUTTERFINGERS ke dalam scene untuk memeriahkan lagi festival rock ini , ini bagaikan satu mimpi buat para peminat mereka , adakah mereka akan kembali sebagai satu unit dan menghasilkan lagu baru , apapun ini adalah peluang yang tak patut dilepaskan untuk melihat mereka kembali sebagai sebuah kumpulan .

Menariknya tarikh 19 November ini bukan sahaja daripada scene Indie sahaja yang akan tampil tapi Kumpulan ALLEYCATS dan juga penyanyi ZAINAL ABIDIN akan turut tampil beraksi , ini pastinya dilihat sebagai sesuatu yang baru dikelilingi kumpulan-kumpulan anak muda yang akan tampil beraksi iaitu THIRD EYE BLIND , TAKING BACK SUNDAY , THE GET UP KIDZ , HUJAN X OAG , ONE BUCK SHORT , LYME , PRANA , daripada singapore THE SUMMER STATE , daripada indonesia THE CHANGCHUTERS , KILLEUR CALCULATEUR , DIRGAHAYU , PITAHATI , M.U.Z.E , TOKOKILAT , SON OF A POLICEMAN , SPEEDWITCHES dan EAT SH*T AND DIE .

Tiket-tiket untuk ketia-tiga tarikh ini telah mula dijual dengan harga RM98 hingga RM388 , pembelian boleh dibuat secara online di http://www.galactix.asia/rockawayfest




TERBARU

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

ZAHID AHMAD Menghasilkan Karya Terbaik Dalam Tuk Tak Mana Melayunya

Muzik Rock PRIME DOMESTIC Dan XPDC Bakal Bergema Di Oasis Damansara

Great amal Fest Membawakan Kumpulan ANDRA AND THE BACKBONE Live Timbre@The Row

Jelajah Promosi Album Terbaru ELLA Peace.Love.Rindu Terus Mendapat Sambutan

NOAH Telah Bersedia Untuk Konsert Di Stadium Negara

Konsert Public Distortion 2017 Menggabungkan PRIME DOMESTIC Dan XPDC

Mandopop ANGELA ZHANG Meet Her Fans At Berjaya Times Square

Jelajah Peace.Love.Rindu oleh ELLA Ditentukan Peminat

Penyanyi Kelahiran Brunei AZIZ HARUN Kembali Dengan Single Jangan

Festival SoundValley 2017 Bakal Tampilkan Kumpulan Antarabangsa Dan Tempatan

Persembahan 30 Tahun BUMIPUTRA ROCKERS Di Hard Rock Cafe Melaka

Kumpulan NOAH Sedia Untuk Konsert Besar Di Kuala Lumpur

NOH SALLEH Tamatkan Tour 4 Negeri Dan Bakal Ke Jepun Untuk Beberapa Persembahan

Persandingan Keluarga Besar NORMAN HAKIM Dan Isteri Bersama ABBY ABADI Dan Suami

Selepas 10 Tahun Ella Kembali Dengan Album Peace.Love.Rindu

Anjakan Paradigma Oleh MONOLOQUE Melalui Album "Jangan Puja Sampai Kecewa"

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Jelajah NOH SALLEH Di Sambut Meriah Oleh Peminat Di Pasar Karat , Johor Bahru

Jelajah Negeri oleh NOH SALLEH Turun Padang Bertemu Peminat

KONSERT/TEATER/GIG

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.