WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Oleh : nazghoul
01 Nov 2015 17:48

Jatuh bangun bersama, ditinggalkan dan sering berganti anggota dan akhirnya kembali bersatu merupakan nostalgia buat semua anggota Wings. Bermula dengan album sulung, “Belenggu Irama”, Wings mencatat fenomena sebagai kumpulan rock  yang ulung serta melakar kejayaan demi kejayaan dari penghujung 1980-an hinggalah kini.

31 Oktober lalu, Wings sekali lagi berjaya mencatat sejarah peribadi apabila lebih 20,000 fanatika kumpulan yang dibarisi oleh Awie, Joe, Eddie dan Black sekaligus merubah ruang litup Stadium Merdeka yang rata-ratanya adalah peminat setia kumpulan rock tersebut.

Terdahulu penonton dihiburkan dengan persembahan ‘tribute’ yang menampilkan  Ito (Blues Gang), Datuk Hattan, Afdlin Shauki, Azlan & The Typewriter, One Nation Emcee, Bila (AF 2015) dan Aweera mula menghangatkan suasana konsert dengan persembahan mereka pada pukul 9 malam. Persembahan mereka turut diiringi oleh pemuzik handalan seperti Hillary Ang (gitar), Rody Kristal (gitar), Paei (drum), Lee Tse Wan dan Fly (bass).

Malah kemunculan Saiful Apek,Yasin dan Lan Pet Pet menerusi sketsa sebelum kemunculan Wings turut menggamatkan suasana dan menyuntik kelainan kepada sebuah konsert Wings

Meskipun hujan lebat sejak awal petang hingga ke malam ianya sedikitpun tidak menjejaskan “Konsert Ulang Tahun Ke-30 Wings” biarpun persembahan tertangguh selama 30 minit.  Sedikit pincang dari jadual asal namun kemunculan Wings tepat pada jam 10.30 malam berjaya menghilangkan keresahan peminat yang sanggup berhujan.

“Selagi kami tidak di halau keluar dari Stadium ini, selagi itulah kami akan menghiburkan anda semua.  Malah kami akan menyampaikan kesemua rangkaian lagu yang telah di rencanakan”, ujar Awie

Wings menyampaikan lebih 28 lagu dalam konsert mereka yang berlangsung selama tiga jam itu. Peminat juga turut sama menyanyi mengiringi persembahan Awie.  Wings membuka tirai persembahan dengan lagu Bazooka Penaka, Inspirasi Tamingsari dan Bujang Senang.

"Alhamdulillah walaupun hujan anda tak berganjak. Saya mewakili Wings mengucapkan jutaan terima kasih buat anda.  Kami takkan lupa tarikh 31 Oktober ini, 30 tahun Wings dalam industri. Kami takkan lupa sejarah ini,"kata Awie

Wings turut menyelitkan segmen istimewa apabila menjemput bekas pemain gitar asal Wings, Sham serta penyanyi Mel dan Mus May yang pernah menganggotai Wings selepas pengunduran Awie.

Mereka menyampaikan lagu Intanku Kesepian, Biru Mata Hitamku, Belenggu Irama, Potret Monalisa, Misteri Mimpi Syakilla, Di Ambang Wati dan Semalam Yang Hangat.

Tidak ketinggalan Wings turut menyampaikan lagu-lagu antaranya Orang Kita, Gemala Saktiku, Satelit Puaka, Rock 'n' Roll Lu Punya Suka, Jerangkung Dalam Almari, Blues Ular Sawa, Menakluk Kosmos, Ingatkan Dia, Sayap Illusi, Amuk dan Taman Rashidah Utama.

 

Jam sudah menunjukkan angka 2.30 pagi namun Wings seolah-olah tidak mahu meninggalkan pentas, begitu juga para peminat yang sedari awal ‘terpaku’ dihadapan pentas seakan tidak mahu berganjak malah terus memberikan lontaran vokal selari dengan rangkaian lagu-lagu yang Wings persembahkan. Namun segalanya berakhir apabila Wings  menyampaikan lagu Peronda Jaket Biru yang menjadi ‘encore’ kepada “Konsert Ulang Tahun ke-30 Wings”.

Biarpun rata-rata kesemua anggota Wings sudah berusia melebihi angka 40 an namun kemantapan vokal Awie pada malam tersebut luar biasa, begitu juga dengan Joe yang sentiasa ‘selamba’ memetik gitar kesayangannya.  Eddie seakan melepaskan segala amarah yang terpaku di sanubari dengan lentikan bassnya apatah lagi Black yang cukup setia memukul dan menghentak selari dengan melodi yang di lontarkan.  Ini lah keistimewaan dan nostalgia yang bakal bersemadi dalam jiwa seluruh peminat yang hadir menyaksikan persembahan bersejarah ini.

Konsert ini diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-30 kewujudan Wings di persada seni tanahair.Sebelum ini Wings pernah menjayakan konsert berskala besar lain antaranya di Istana Budaya termasuk yang terbaru Takkan Melayu Hilang Di Dunia pada pertengahan tahun ini.




TERBARU

ZAHID AHMAD Menghasilkan Karya Terbaik Dalam Tuk Tak Mana Melayunya

Muzik Rock PRIME DOMESTIC Dan XPDC Bakal Bergema Di Oasis Damansara

Great amal Fest Membawakan Kumpulan ANDRA AND THE BACKBONE Live Timbre@The Row

Jelajah Promosi Album Terbaru ELLA Peace.Love.Rindu Terus Mendapat Sambutan

NOAH Telah Bersedia Untuk Konsert Di Stadium Negara

Konsert Public Distortion 2017 Menggabungkan PRIME DOMESTIC Dan XPDC

Mandopop ANGELA ZHANG Meet Her Fans At Berjaya Times Square

Jelajah Peace.Love.Rindu oleh ELLA Ditentukan Peminat

Penyanyi Kelahiran Brunei AZIZ HARUN Kembali Dengan Single Jangan

Festival SoundValley 2017 Bakal Tampilkan Kumpulan Antarabangsa Dan Tempatan

Persembahan 30 Tahun BUMIPUTRA ROCKERS Di Hard Rock Cafe Melaka

Kumpulan NOAH Sedia Untuk Konsert Besar Di Kuala Lumpur

NOH SALLEH Tamatkan Tour 4 Negeri Dan Bakal Ke Jepun Untuk Beberapa Persembahan

Persandingan Keluarga Besar NORMAN HAKIM Dan Isteri Bersama ABBY ABADI Dan Suami

Selepas 10 Tahun Ella Kembali Dengan Album Peace.Love.Rindu

Anjakan Paradigma Oleh MONOLOQUE Melalui Album "Jangan Puja Sampai Kecewa"

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Jelajah NOH SALLEH Di Sambut Meriah Oleh Peminat Di Pasar Karat , Johor Bahru

Jelajah Negeri oleh NOH SALLEH Turun Padang Bertemu Peminat

Kedatangan Kumpulan DREAM THEATER Mendapat Sambutan

KONSERT/TEATER/GIG

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.