Kumpulan RAIHAN Tampil Dalam Konsert Amal "Ku Mohon"

02 Jul 2015 02:01

Konsert ‘Ku Mohon’ yang dianjurkan oleh Islamic Relief Malaysia (IRM)  pada 31 Oktober di Stadium Malawati nanti , merupakan sebuah konsert amal yang bakal menghimpunkan artis-artis Malaysia , Indonesia dan juga antarabangsa . Membawakan tema kasih sayang sesama manusia , Islamic Relief Malaysia (IRM) juga akan meraikan ulangtahunnya yang ke-10 .

Islamic Relief Worldwide sebuah NGO yang diasaskan di United Kingdom pada tahun 1984 dan telah diiktiraf oleh UNECOSOC pada tahun 1993 . Menariknya konsert amal anjuran Islamic Relief Malaysia (IRM) bukan sahaja menampilkan kumpulan Nasyid tapi penyanyi popular seperti Anuar Zain , Akim & The Majistret , Ebiet G Ade dan turut serta ialah Humood Al Khudeer , Zain Bikha dan juga Raihan .

Konsert yang bukan sahaja mengenai lagu-lagu ketuhanan tapi keamanan dan kemanusian , persembahan yang berlangsung selama 90 minit ini akan diselang selikan dengan tazkirah dan kata-kata motivasi .

Salah sebuah kumpulan yang akan turut tampil dalam persembahan nanti , Raihan  , yang kini juga telah dilantik sebagai duta oleh Islamic Relief Malaysia (IRM) mengatakan kerjasama mereka bersama Islamic Relief telah lama , sebelum ini mereka pernah buat banyak persembahan di UK yang mana dibawa oleh Islamic Relief International UK , termasuk persembahan mereka di Royal Albert Hall . Mereka juga pernah membuat persembahan di Paris , bersama Islamic Relief France .

Raihan mengatakan mereka telah bersama Islamic Relief International semenjak 2002/2003 lagi dan banyak pesrsembahan diluar Negara dipanggil oleh NGO Islamic Relief .

Semasa ditemui ketika berbuka puasa bersama media , Kumpulan Raihan mengatakan walaupun kumpulan mereka kelihatan senyap tapi secara dasarnya mereka masih aktif , “Kerjasama Islamic Relief Malaysia ni masa sesuai untuk Raihan promosi bersama media” jelas Che Amran .

Ketika ditanya mengenai industi nasyid , Raihan tidak nampak meresahkan langsung bagi mereka setiap generasi kumpulan nasyid yang muncul terus Berjaya mencuri perhatian para pendengar , Che Amran menjelaskan “Nasyid masih berjalan terus , Nasyid ni pun sebenarnya dah lama , Cuma masa mula-mula tu Raihan muncul dengan Nasyid kontemporari , sebelum ni pun dah ada kumpulan Nasyid contoh Al Mirzan , Al Jawahir dan banyak lagi , daripada kecik kami dengar Nasyid . Cuma Masa Raihan keluar , konsep agak berbeza , jadi ia meletup masa tu dengan fenomena Raihan , album ‘Puji-Pujian’ masa tu dijual melebihi 700 ribu unit , album kedua pulak 400 ribu unit”

Dan beliau meneruskan lagi “Macam benda lain yang berevolusi , Nasyid juga dah berubah , sekarang orang nak dengar yang macam Maher Zain dan sebagainya . Bagi Raihan apa yang ada pada kami akan diteruskan , kami masih maintain dan disitulah kelainan kami dan disukai peminat kami . Contoh peminat Search , kalau Search nak tukar konsep yang lain tentu peminat tak suka , macam tu laa Raihan , ubah sikit-sikit , dalam setiap album kami pun memang ada perubahan macam alat muzik tapi tak terlalu berubah ”

Raihan terus menyentuh megenai perkembangan muzik nasyid Malaysia apabila di disoal mengenai perkembangannya yang kini bagaikan diketepikan oleh arus perdana , bagi mereka perkembangan nasyid masih berada pada tahap yang membanggakan , terbaru Hafiz Hamidun yang terus diminati dan mendapat jualan yang membanggakan , Abu Bakar Md Yatim terus membuka bicara “Nasyid sebenarnya terus berkembang , disetiap sekolah mesti ada 1 atau 2 group nasyid , malah di IPT juga sentiasa tumbuh , bila ada budak baru masuk sentiasa aka nada group baru . Muka baru nasyid pun banyak keluar , mungkin mereka tak se’ glamour artis lain mungkin kerana imejnya , namun pada Raihan nasyid masih hidup , bukan hidup je malah membesar lagi , sekarang contoh macam Maher Zain dan Sami Yusof yang dulu beliau hanya guest artis untuk konsert kami 1st time di UK dulu , kini beliau dah ada nama besar”

Abu Bakar Md Yatim yang membuka perbualan mengenai muzik nasyid yang kini berkembang terus memberi pendapat beliau yang jelas dan padat “Berani saya katakana muzik nasyid kontemporari ini sebenarnya di bawa oleh Malaysia , kita patut berbangga dengan nasyid , contoh reggae yang berasal dari Jamaica dan sinonim dengan Bob Marley tapi nasyid adalah asal Malaysia dan Raihan , kita patut berbangga mereka diluar Negara meniru kita . Ada yang datang sini pun ambil cd Raihan dan dibawa balik , malah semasa diluar Negara pun lagu-lagu kami mereka hafal , walaupun mereka tak faham”

Raihan terus segar dalam ingatan , malah album-album nasyid sebenarnya terus setiap tahun mengungguli carta jualan , sehingga 2015 pun Raihan mengatakan album nasyid tetap mendapat perhatian utama daripada para peminatnya

Raihan Ketika Berbuka Puasa Bersama Media




TERBARU

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

Dari Busking ke Pentas Konsert, Perjalanan Seni Bob Sentuhan

Melodi dan Getaran: Menelusuri Kehebatan 7 Gitaris di Konsert TUJUH VIBRATO GITAR Pada 3 Nov Di Zepp

Gema Rock Di Konsert Double Trouble 2 Di Stadium Malawati 5 Ogos Ini

3 Dekad Perjalanan SLAM Dalam Konsert NurKasih 6 Ogos di Zepp KL

Repvblik Band Ingin Cipta Kenangan Sempena Ulangtahun Ke-19 Di Kuala Lumpur Pada 11 Ogos Di Zepp

Konsert Double Trouble 2 Membawa Gelombang Rock Ke Stadium Malawati Pada 5 Ogos

Kumpulan SLAM Meraikan Ulang Tahun Ke-30 dengan Konsert NurKasih

Konsert Amal Pengasih Tampilkan Artis Hebat

Konsert Lefhanded 40 Tahun Rockestra Mendapat Sambutan

Konsert Rockestra Lefthanded 40 Tahun: Menghidupkan Semula Rock Legenda

Konsert Kumpulan SLAM NURKASIH Di Zepp Kuala Lumpur 6 Ogos

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.