ULASAN ALBUM / CD / EP / SINGLE / LP / DEMO

Image

Death In Evolution "Death Lullaby" EP (obscure sound)

14 Oct 2011 01:48

Oleh : one.barchiel

 

Dengan intro muzik ala orkestra, untuk seketika kita anggarkan muzik Metal bercorak teatrikal-goth yang akan menyelubungi keseluruhan album mini ini. Apatah lagi dengan menonjolkan seorang wanita sebagai vokalis utama, jangkaan awal ianya pasti condong ke arah band-band seperti Nightwish, Within Temptation ataupun Epica. Namun sangkaan sedemikian ternyata meleset sama sekali sebaik dentuman drums dan distorted gitar pertama pada lagu “Djasad” didengari. Ianya ternyata Death Metal yang asli, yang bercorak melodik, agresif dan brutal.

Death In Evolution mungkin baru di dalam scene underground ini, tetapi jika dinilai daripada usaha mereka dalam rakaman ini, ianya adalah seperti sebuah band yang sudah lebih sedekad pengalaman. Boleh dirasakan aura kesungguhan band ini daripada muzik mereka, dari segi struktur riff-riff gitar yang menarik dan gubahan yang kemas. Gaya nyanyian Nirrajim(vokalis) yang berada di persimpangan growl dan screamy mengingatkan saya kepada sebuah band dari USA iaitu – Demonic C**ist yang turut gah dengan seorang wanita sebagai vokalis utama. Sememangnya muzik Death In Evolution lebih condong ke arah stail band-band Death Metal dari USA. Selain daripada itu, kuat juga pengaruh muzik dari lagenda Death Metal tempatan iaitu  Sil-Khannaz (pada zaman album “Conception of Madness”) yang dapat didengari pada lagu-lagu dalam album mini ini.

Selain “Djasad”, lagu-lagu lain yang membarisi album mini ini adalah “Before The Death”, “Born To Destroy” dan “Storm to Come” yang merupakan lagu saduran daripda band Paganizer. Menerusi 4 lagu ini, ianya membangkitkan satu keghairahan saya selaku pendengar untuk terus mengikuti perkembangan band ini dalam dunia rakaman. Pasti akan dinanti-nantikan kemunculan rilisan mereka akan datang!

Untuk mendapatkan mini-album ini, sila layari facebook-facebook berikut:-
-http://www.facebook.com/Death-In-Evolution/127386033951398#!/pages/Death-In-Evolution/127386033951398
- http://www.facebook.com/profile.php?id=100000091672551

Ataupun hubungi nombor-nombor berikut:-
- 017-9028312
- 017-3713505
 

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.